Page 128 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 128
Imej 4.10
Pertandingan Institusi Pendidikan Tinggi Bebas Denggi
Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
3. Hari Denggi ASEAN dan Konvensyen COMBI
Kedua-dua program telah dijalankan secara serentak pada pada 26 Julai 2019 hingga
28 Julai 2019 di Hotel Seri Iskandar, Perak dan dirasmikan oleh Yang Berhormat
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad. Kehadiran bagi Konvensyen
COMBI adalah terdiri daripada 250 orang ahli COMBI dan 55 orang anggota kesihatan
manakala jemputan bagi Hari Denggi ASEAN adalah terdiri daripada Ahli Postcab,
Pengarah Kesihatan Negeri, Pegawai Vektor Negeri, Pegawai Kaji Serangga Negeri dan
Pegawai Pendidikan Kesihatan serta kakitangan Kementerian Kesihatan Negeri.
Imej 4.11
Hari Denggi ASEAN dan Konvensyen COMBI
Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
INISIATIF PERSEKITARAN YANG MENYOKONG HIDUP SIHAT
1. Kompleks E-Sihat
Bertujuan untuk mewujudkan tempat kerja yang sihat bagi penjawat awam daripada
pelbagai kementerian dan agensi di Kompleks E menerusi penglibatan dalam aktiviti
cara hidup sihat, aktiviti fizikal dan kesukanan di samping mengeratkan hubungan
antara penjawat awam. Perasmian Kompleks E-Sihat telah disempurnakan oleh Yang
Berhormat Menteri Kesihatan Malaysia bersama dengan Yang Berhormat Timbalan
Menteri Kesihatan pada 19 April 2019 bertempat di ruang legar Galeri, Bahagian
Pendidikan Kesihatan, Blok E10, Kompleks E. Aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan
adalah seperti Challenge Zone, Ladies Aerodance, X-Break, Aero E-Sihat Workout,
LAPORAN TAHUNAN
118 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019