Page 132 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 132
PENGENALAN
Program Perubatan bertanggungjawab ke atas dasar perancangan, pembangunan
perkembangan, pemantauan, pengawal seliaan dan pengurusan amalan bagi
perkhidmatan perubatan dan fasiliti kesihatan serta profesion perubatan dan
profesion yang berkaitan di sektor awam dan swasta. Program ini terdiri dari lima
(5) Bahagian iaitu: Bahagian Perkembangan Perubatan, Bahagian Amalan Perubatan,
Bahagian Kejuruwatan, Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu dan Bahagian Perubatan
Tradisional dan Komplementari.
BAHAGIAN PERKEMBANGAN PERUBATAN
Bahagian Perkembangan Perubatan bertanggungjawab untuk membuat polisi
merangkumi perancangan, perlaksanaan dan pembangunan perkhidmatan kesihatan.
Fokus utama adalah untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan di peringkat hospital
bagi membantu kesihatan awam. Semua fungsi ini berada di dalam seliaan cawangan
dan unit berikut:
i. Cawangan Perkembangan Perkhidmatan Perubatan
ii. Cawangan Pembangunan Profesion Perubatan
iii. Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan
iv. Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan
v. Unit Teknikal Bantuan Perubatan
CAWANGAN PERKEMBANGAN PERKHIDMATAN PERUBATAN
Cawangan Perkembangan Perkhidmatan Perubatan bertanggungjawab untuk
menyelaras dasar-dasar serta pelaksanaannya bagi semua perkhidmatan perubatan
termasuklah perkhidmatan Perubatan, Pembedahan, Kecemasan, Obstetrik &
Ginekologi, Pediatrik dan juga Sokongan Klinikal. Cawangan ini juga bertanggungjawab
dalam merancang dan memantau pengurusan perkhidmatan perubatan. Selain itu,
Cawangan Perkembangan Perkhidmatan Perubatan turut terlibat dalam perancangan,
perolehan dan pemantauan peralatan perubatan, consumables dan reagen untuk
semua perkhidmatan perubatan di hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia.
UNIT PERKHIDMATAN PENGURUSAN HOSPITAL
Di dalam usaha untuk mempertingkatkan kecekapan pengurusan hospital, KKM telah
melaksanakan inisiatif hospital kluster dan membangunkan Sistem Casemix. Hospital
kluster dilaksanakan melalui penstrukturan semula hospital-hospital KKM daripada
satu hospital sebagai satu entiti kepada hospital kluster sebagai satu entiti. Setiap
hospital kluster dibentuk melalui gabungan beberapa hospital di lokasi geografi yang
sama dan berdekatan dengan melibatkan sekurang-kurangnya satu hospital berpakar.
Melalui pembentukan hospital kluster, semua sumber termasuk sumber manusia,
kepakaran, peralatan, fasiliti dan lain-lain dapat dioptimumkan dan dikongsi bersama
oleh hospital-hospital ini.
LAPORAN TAHUNAN
122 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019