Page 133 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 133
Dengan itu perkhidmatan kesihatan yang lebih saksama, efisien, cekap, dan berkualiti
dapat di sampaikan kepada masyarakat. Sehingga tahun 2019 KKM telah berjaya
membentuk 25 buah hospital kluster melibatkan 88 buah hospital KKM di seluruh
negara. Daripada jumlah ini, 53 hospital merupakan hospital tanpa pakar, manakala
selebihnya merupakan hospital berpakar.
Pembentukan hospital kluster dapat meningkatkan akses kepada perkhidmatan
kepakaran terutama di hospital tanpa pakar. Ini dapat dibuktikan melalui peningkatan
jumlah pesakit dirawat di klinik pakar telah meningkat daripada 50,000 kepada
70,000 pada 2013 dan 2016 di Hospital Kluster Rintis (Hospital Kluster Pahang Tengah,
Hospital Kluster Melaka dan Hospital Kluster Tawau). Dalam tempoh yang sama
peningkatan kadar penggunaan katil juga telah meningkat sebanyak 13 peratus. Di
samping itu, melalui perkongsian perolehan item-item terpilih penjimatan telah dapat
dilaksanakan. Sejumlah penjimatan sebanyak RM1.2 juta telah dapat dilaksanakan.
Melalui penjimatan ini hospital dapat terus beroperasi menggunakan peruntukan
sedia ada. Pelaksanaan hospital kluster akan terus diperluaskan dan diperkukuhkan
bagi memastikan perkhidmatan kesihatan yang lebih mampan dapat disediakan.
Sistem Casemix pula dibangunkan dengan tujuan untuk meningkatkan kecekapan
pengurusan pesakit serta pengurusan kewangan. Subunit Casemix ditubuhkan di
bawah Bahagian Pembangunan Perubatan (BPP) berdasarkan empat (4) prinsip
utama iaitu tanggungjawab bersama, kecekapan, ekuiti dan ketelusan. Melalui prinsip
ini, pelbagai pihak berkepentingan dalam Kementerian Kesihatan (KKM) bekerjasama
untuk mencapai matlamat yang diinginkan seperti menghasilkan maklumat untuk
pengurusan yang lebih baik bagi sektor kesihatan, meningkatkan kecekapan peruntukan
sumber di seluruh hospital dan meningkatkan ekuiti pembiayaan kesihatan merentasi
pelbagai jenis hospital, kawasan geografi, atau kumpulan penduduk.
Aktiviti utama yang telah dijalankan oleh pasukan Casemix KKM pada tahun 2019
meliputi aktiviti pengukuhan dan perluaskan penggunaan sistem Casemix sebagai
sistem yang membantu hospital untuk mempertingkatkan kecekapan pengoperasian
dan penggunaan sumber-sumber dalam perawatan pesakit. Sebanyak 12 hospital
tambahan telah mengguna pakai MalaysianDRG dan menjelang akhir tahun 2019,
sebanyak 72 hospital KKM (49 peratus) telah berjaya melaksanakan Sistem Casemix
di seluruh negara.
Subunit Casemix berhasrat untuk terus memperkukuh keupayaannya untuk menyokong
kelestarian sistem kewangan kesihatan Malaysia dengan memaksimumkan kecekapan
dan kesaksamaan penjagaan kesihatan, sejajar dengan misi dan visi KKM.
UNIT PERKHIDMATAN PERUBATAN
Pada tahun 2019, Pelan Strategik Kebangsaan Bagi Penjagaan Paliatif 2019 hingga
2030 telah dilancarkan. Pelan strategik ini memuatkan perancangan penyampaian
perkhidmatan perubatan paliatif secara am dan khusus untuk tahun 2019 sehingga
2030 dan ini merupakan penerbitan pertama daripada perkhidmatan perubatan
paliatif.
LAPORAN TAHUNAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019 123