Page 134 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 134

Pada  tahun  2019,  perkhidmatan  rawatan  Hepatitis  C  telah  diperluas  daripada  26
            buah hospital pada Februari 2018 kepada sejumlah 88 buah hospital seluruh Malaysia
            melibatkan 67 buah hospital di Semenanjung Malaysia, 11 buah hospital di Sarawak,
            9 buah hospital di Sabah dan Hospital Labuan. Perkhidmatan ini turut disalurkan ke
            klinik-klinik  kesihatan  berhampiran  hospital-hospital tersebut.  Sebanyak 146 klinik
            kesihatan seluruh Malaysia kini menyediakan perkhidmatan ini berbanding hanya 25
            buah klinik pada tahun 2018.
            Perkhidmatan Hemodialisis  di  klinik-klinik  kesihatan telah semakin berkembang
            untuk tahun  2019  di  mana perkhidmatan ini  telah dimulakan di  Klinik  Kesihatan
            Cheng, Melaka pada 25 Februari 2019. Ini menjadikan jumlah klinik kesihatan yang
            menjalankan perkhidmatan hemodialisis  kepada 14  buah  klinik  seluruh  Malaysia
            dengan kapasiti 112 mesin hemodialisis dan seramai 413 orang pesakit serta kekuatan
            anggota seramai 76 orang.
            Pada  tahun  2019 juga Unit  Perkhidmatan  Perubatan  telah  menjadi  sekretariat
            bagi  Konferens  Denggi  dan  Penyakit  Bawaan  Vektor  Kebangsan  yang  diadakan  di
            Auditorium  Cempaka Sari, Kompleks Perbadanan  Putrajaya, Presint 3. Konferens
            ini telah diadakan pada 7 & 8 Julai 2019 dengan membincangkan pelan strategik,
            makluman-makluman terkini serta pengurusan pesakit denggi dan penyakit bawaan
            vektor di Malaysia.

            Perkhidmatan  Psikiatri  dalam  komuniti  melalui  pusat  kesihatan  mental  komuniti
            MENTARI juga turut berkembang mengikut tahun operasinya. Pada tahun 2019 ini
            juga sebanyak 2 (dua) buah MENTARI dikenal pasti oleh pihak KKM dalam memastikan
            capaian akses serta pelan strategik ke arah mendekatkan pesakit yang menghidap
            masalah mental kepada masyarakat. Pusat MENTARI yang diperkenalkan pada tahun
            2019  adalah  MENTARI HTAR (Hospital  Tengku  Ampuan  Rahimah)  dan  MENTARI
            Kangar. Ini menjadikan jumlah Pusat MENTARI ini kepada keseluruhannya 27 buah
            dan dijangka akan terus berkembang saban tahun sepanjang perancangan Rancangan
            Malaysia Ke-12 kelak.
            UNIT PERKHIDMATAN PEMBEDAHAN DAN KECEMASAN

            1.  Perkhidmatan Pembedahan Am: Global Surgery Framework

            Global  Surgery  Framework  telah dilaksanakan di Malaysia sejak  Jun 2018  apabila
            Ketua  Pengarah  Kesihatan  diberi  peluang  untuk memberi pembentangan  kepada
            Presiden dan Lembaga Pengarah International Society of Surgery (ISS).  Lima (5) teras
            utama bagi rangka kerja ini adalah Simple, Quality of Care, Portability, Cost Effective,
            Replicable dan Daycare; yang akan menjadi piawai bagi rangka kerja ini untuk akses
            pesakit pada rawatan pembedahan dan anesthesia (perioperative, intraoperative dan
            postoperative). Senarai utama prosedur yang dijalankan adalah Hernia Repair, Incision
            and  Drainage,  Appendectomy,  Male  Circumcision  dan  Excision  of  Lumps.  Hospital
            Sabak  Bernam  telah  dipilih  untuk  menjalankan  projek  ‘pilot’  untuk  memastikan
            keberkesanannya dan akan dikembangkan ke Sabah dan Sarawak pada tahun 2020.









        LAPORAN TAHUNAN
    124  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   129   130   131   132   133   134   135   136   137   138   139