Page 129 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 129
Dance Challenge (PS4), Bola Jaring antara Agensi Parcel E (KESKIP), Ujian Kecergasan
(MS New Symphony), Preskripsi Senaman Pesakit (MySIHAT), Konsultasi Kesihatan
Mental dan Urutan Stress (AKRAB, Unit Kesihatan Mental, JARIEMAS), Saringan
Ujian Paru-paru, Pinggan Makanan Sihat, Challenge KOSPEN @Activ (BookDoc 3,000
langkah), Gerai jualan (PUSPANITA) dan Indoor Games (MESCA KPM).
Imej 4.13
Perasmian Kompleks E-Sihat
Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
2. Pusat Promosi Kesihatan Komuniti (Wellness Hub)
Wellness Hub ialah pusat yang menyediakan dan melaksanakan intervensi promosi
kesihatan yang komprehensif, intensif dan terancang dengan penglibatan aktif
komuniti bagi mencapai kesejahteraan hidup komuniti setempat. Terdapat empat
(4) kategori aktiviti atau perkhidmatan yang ditawarkan di Wellness Hub antaranya
seperti:
i. Saringan atau penilaian tahap kesihatan
ii. Khidmat runding kesihatan
iii. Intervensi dan terapi kesihatan
iv. Outreach Cara Hidup Sihat bersama komuniti, sekolah dan tempat kerja
Bagi tahun 2019 bilangan kehadiran klien baru dan klien ulangan ke 24 buah Wellness
Hub di seluruh negara adalah sebanyak 95,424 orang dan daripada jumlah itu seramai
31,572 orang klien telah berjaya disaring.
LAPORAN TAHUNAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019 119