Page 127 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 127
INISIATIF PROMOSI KESIHATAN DI INSTITUSI PENDIDIKAN DAN KOMUNITI
1. Simposium Health Promotion in Learning Institutions (HePiLI)
Simposium Health Promotion in Learning Institutions (HePiLI) Peringkat Kebangsaan
2019 telah diadakan pada 7 hingga 9 Oktober 2019 bertempat di Eastin Hotel, Kuala
Lumpur dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri
Pendidikan Malaysia bersama dengan Yang Berhormat Dr. Lee Boon Chye, Timbalan
Menteri Kesihatan Malaysia. Seramai lebih kurang 500 orang peserta dari seluruh
negeri telah hadir, terdiri daripada guru penyelaras dan pelajar institusi pengajian tinggi
(IPT). Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang simposium berlangsung seperti sesi
perkongsian pengantarabangsaan Program HePiLI, sesi perkongsian PROSIS, Sesi Best
Practices Projek Khas Sekolah Rendah dan Sesi Best Practices Inovasi Bahan Bantu
Mengajar. Selain itu, aktiviti lain adalah pocket talk, sesi perjurian tiga kategori iaitu
Inovasi Bahan Bantu Mengajar IMFree, Inovasi Bahan Bantu Mengajar Kelab Doktor
Muda Sekolah Rendah dan Inovasi Bahan Bantu Mengajar Sekolah Menengah.
Imej 4.9
Simposium Health Promotion in Learning Institutions (HePiLI) di Eastin Hotel,
Kuala Lumpur
Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
2. Pertandingan Bebas Denggi Institusi Pengajian Tinggi
Pertandingan IPTA Denggi bermula pada tahun 2017 melibatkan tiga Kementerian
iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pendidikan (Pengajian Tinggi)
dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan namun pertandingan ini dibuka
kepada Universiti Swasta pada 2019 bagi memperluas penyebaran maklumat bahaya
demam denggi dan cara memusnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes
dalam kalangan para penuntut universiti. Bagi tahun 2019, Johan adalah Universiti
Malaysia Terengganu, Naib Johan dari Universiti Utara Malaysia dan Ketiga UiTM
Puncak Perdana.
LAPORAN TAHUNAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019 117