Page 125 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 125
3. Penglibatan Komuniti Dalam Projek Wolbachia
Nyamuk Aedes BerWolbachia adalah nyamuk yang mengandungi bakteria Wolbachia
yang akan merencatkan perkembangan virus denggi di dalam badan nyamuk Aedes
bagi mencegah dan mengawal denggi. Terdapat tiga (3) aktiviti utama yang telah
dilaksanakan iaitu:
i. Kajian rintis yang melibatkan dua (2) lokaliti di Selangor telah dimulakan pada
Mac 2017.
ii. Perluasan projek Wolbachia ke lapan (8) lokaliti di Selangor dan tiga (3) lokaliti
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya pada tahun 2019.
iii. Pelancaran Kick-Off di Apartment Sri Rakyat, Bukit Jalil pada 7 Julai 2019.
Pelbagai aktiviti promosi kesihatan projek Wolbachia telah dilaksanakan di sekitar
Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Antaranya, menerusi promosi di
media cetak dan elektronik sebanyak 6,497 dan aktiviti promosi kesihatan secara
komunikasi bersemuka sebanyak 10,358 sesi.
Imej 4.8
Aktiviti Projek Wolbachia di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
INISIATIF BEBAS ASAP ROKOK DAN MODIFIKASI TINGKAH LAKU
1. Intervensi Modifikasi Tingkah Laku Berhenti Merokok
Perkhidmatan ini diberikan oleh Pegawai Pendidikan Kesihatan di hospital yang
menjalankan intervensi modifikasi tingkah laku dalam kalangan perokok yang dirujuk
dan klien yang datang secara sukarela. Bilangan klien yang mendaftar di Perkhidmatan
Klinik Berhenti Merokok (PKBM) pada tahun 2019 adalah seramai 3,873 orang.
Daripada jumlah ini, sebanyak 989 orang klien menetapkan tarikh berhenti merokok
dan seramai 517 orang klien berjaya berhenti merokok. Terdapat sedikit penurunan
sebanyak 185 klien yang berjaya berhenti merokok berbanding tahun 2018 (Rajah 4.21).
LAPORAN TAHUNAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019 115