Page 124 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 124
INISIATIF KOMUNIKASI RISIKO
1. Communication for Behavioural Impact (COMBI)
Sehingga kini, terdapat sebanyak 2,855 pasukan COMBI dengan 30,958 orang
sukarelawan COMBI di seluruh negara. Penubuhan COMBI baharu pula ialah sebanyak
268 dan bilangan pemimpin dan ahli COMBI yang telah dilatih adalah sebanyak 2,812
orang. Bagi aktiviti pencegahan pula, sebanyak 1,972 aktiviti gotong-royong dan 2,978
aktiviti Cari dan Musnah telah dilaksanakan. Aktiviti promosi kesihatan menerusi
media cetak dan elektronik pula adalah sebanyak 108,248 dan aktiviti promosi
kesihatan secara komunikasi bersemuka pula sebanyak 161,398 sesi.
Imej 4.6
Aktiviti Promosi Kesihatan COMBI
Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
2. Gotong-Royong Mega Perangi Aedes Siri 1 dan 2
Program ini melibatkan komuniti setempat bersama-sama melaksanakan aktiviti
pembersihan persekitaran supaya tiada sampah sarap dan bahan takungan air yang
menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. Gotong-royong Mega diadakan pada
setiap tahun secara serentak di seluruh negara. Pada tahun 2019, terdapat dua (2)
Gotong-royong Mega yang telah dilaksanakan. Gotong-royong Mega Perangi Aedes
Siri 1 telah diadakan di PPR Seri Alam Fasa 2, Cheras, Kuala Lumpur pada 9 Mac
2019 manakala Gotong-royong Mega Perangi Aedes Siri 2 telah diadakan di Taman
Bagan Baru, Butterworth, Pulau Pinang pada 15 Mac 2019. Majlis perasmian program
tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad,
Menteri Kesihatan Malaysia.
Imej 4.7
Majlis Perasmian Gotong-royong Mega Perangi Aedes Siri 1 dan Siri 2
Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
LAPORAN TAHUNAN
114 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019