Page 123 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 123
4. Program Jom Nak Sihat: Parlimen Kuala Selangor
Merupakan sebuah program rintis pengurusan berat badan di komuniti menggunakan
modul IFitEr dan telah dijalankan daripada 1 Julai hingga 30 September 2019.
Daripada 103 orang peserta yang kekal hingga akhir program, 98 orang peserta
berjaya menurunkan sekurang-kurangnya 1 kilogram berat badan dan 20 orang
peserta telah berjaya menurunkan berat badan asal sebanyak 10 peratus. Pemenang
kategori lelaki bagi program ini telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 24
kilogram daripada 117 kilogram berat badan asal manakala pemenang bagi kategori
wanita pula telah berjaya menurunkan sebanyak 13.4 kilogram daripada 66.2 kilogram
berat badan asal. Sepanjang program tersebut aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah
seperti boxing session, bootcamp challenge, aquarobic session dan home workout.
Imej 4.4
Aktiviti Program Jom Nak Sihat: Parlimen Kuala Selangor
Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
5. KOSPEN@Activ
KOSPEN@Activ merupakan inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan
kerjasama BookDoc bagi mengalakkan budaya hidup aktif dalam kalangan warga KKM.
Aplikasi ini menggunakan konsep permainan menerusi telefon pintar dan fitness
trackers bagi mengesan bilangan langkah yang dilakukan oleh individu dan diberi
ganjaran apabila individu tersebut mencapai tahap tertentu. Setakat 30 November
2019, sebanyak 121,894 (51.95%) orang anggota kesihatan telah memuat turun
aplikasi BookDoc dan sesi engagement yang telah dilaksanakan adalah sebanyak
615 sesi yang melibatkan jabatan kesihatan di negeri, daerah, hospital dan institusi
kesihatan.
Rajah 4.5
Aktiviti-Aktiviti KOSPEN@ACTIV
Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
LAPORAN TAHUNAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019 113