Page 122 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 122
3. Program I Fit And Eat Right (IFitEr)
Merupakan intervensi kesihatan bagi membantu individu yang menghadapi masalah
berat badan berlebihan dan obes untuk menguruskan berat badan mereka menerusi
modifikasi tingkah laku aktiviti fizikal dan pemakanan sihat. Aktiviti IFitEr telah
dilaksanakan di 23 Pusat Promosi Kesihatan Komuniti (PPKK) yang melibatkan 163
orang Instruktor IFitEr dan 78 orang Pegawai Pendidikan Kesihatan yang berperanan
mengendalikan analisa tingkah laku klien. Seramai 320 orang penggerak aktiviti fizikal
juga telah menjalani Kursus Akreditasi Penggerak Aktiviti Fizikal (Asas Senamrobik)
dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS). Para penggerak
aktiviti fizikal ini terdiri daripada staf di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia
(IPKKM), staf di Pusat Promosi Kesihatan Komuniti (PPKK), staf kesihatan di negeri dan
daerah serta movers yang terlatih.
Rajah 4.21
Pencapaian Program I Fit And Eat Right (IFitEr)
Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
Imej 4.3
Aktiviti Program I Fit And Eat Right (IFitEr)
Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
LAPORAN TAHUNAN
112 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019