Page 94 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 94
SEKTOR PENYAKIT BAWAAN VEKTOR
DENGGI
Pada tahun 2019, sebanyak 130,101 kes Demam Denggi dilaporkan berbanding 80,615
kes bagi tempoh yang sama tahun 2018, iaitu peningkatan sebanyak 61.4 peratus
(49,486 kes). Kadar insiden kes Demam Denggi bagi tahun 2019 adalah 390 bagi
setiap 100,000 penduduk berbanding tahun 2018 iaitu 245 kes bagi setiap 100,000
penduduk. Bagi kematian, sebanyak 182 kematian telah dilaporkan pada tahun 2019
berbanding 147 kematian bagi tempoh yang sama tahun 2018, iaitu peningkatan
sebanyak 23.8 peratus (35 kematian). Kadar kematian kes pula adalah sebanyak 0.14
peratus pada tahun 2019 berbanding 0.18 peratus pada tahun 2018.
Analisis kejadian kes Denggi pada tahun 2019 juga mendapati sebanyak 68 peratus
kes Demam Denggi dan 36 peratus kematian Demam Denggi berlaku di Lembah Klang
yang melibatkan negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur-Putrajaya.
Analisa juga mendapati 88 peratus daripada kes yang dilaporkan berlaku di kawasan
bandar dan 86 peratus lokaliti wabak mempunyai indeks pembiakan Aedes yang
melebihi tahap yang ditetapkan oleh WHO iaitu 1 peratus.
CHIKUNGUNYA
Pada tahun 2019, sebanyak 990 kes Chikungunya dilaporkan berbanding 87 kes pada
tahun 2018. Tiga negeri yang menunjukkan bilangan kes tertinggi adalah di Negeri
Perak (635 kes), Selangor (198 kes) dan kelantan (74 kes). Tiada kematian Chikungunya
dilaporkan pada tahun 2019.
PROGRAM ELIMINASI MALARIA
Malaysia telah menetapkan sasaran bagi mencapai status eliminasi malaria menjelang
tahun 2020 seperti yang ditetapkan oleh Badan Kesihatan Sedunia (WHO). Pada
tahun 2018 Malaysia berjaya mencapai sasaran ‘Sifar’ malaria manusia indigenous
(jangkitan tempatan) buat pertama kalinya dan berjaya mengekalkan status ini pada
tahun 2019. Pada tahun 2019, dua belas (12) daripada 15 buah negeri di Malaysia telah
mencapai ‘Sifar’ malaria manusia indigenous (jangkitan tempatan) untuk sekurang-
kurangnya tiga (3) tahun berturut-turut. Pencapaian ini mengekalkan kedudukan
Malaysia untuk terus berada di landasan yang betul bagi mencapai sasaran eliminasi
malaria menjelang tahun 2020. Walau bagaimanapun, pada tahun 2019 Malaysia
telah melaporkan 96 kes malaria manusia introduced (jangkitan tempatan generasi
pertama yang berpunca dari kes manusia import) dan 620 kes malaria manusia
import. Bilangan kes malaria zoonotic telah menunjukkan penurunan sebanyak 22
peratus daripada 4131 kes pada tahun 2018 kepada 3222 kes pada tahun 2019.
Terdapat enam (6) kematian malaria yang kesemuanya melibatkan jangkitan malaria
zoonotik. Program Eliminasi Malaria di Malaysia menekankan pelaksanaan strategi
pencegahan kemasukan semula jangkitan malaria manusia (malaria re-introduction)
yang merupakan salah satu keperluan utama dalam pensijilan eliminasi malaria. Di
samping itu, kesemua negeri di Malaysia juga telah memulakan penyediaan dossier
eliminasi malaria serta mengemaskini dokumentasi eliminasi malaria di semua
peringkat bagi menghadapi Audit Pensijilan Eliminasi Malaria yang dijadualkan pada
tahun 2021.
LAPORAN TAHUNAN
84 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019