Page 95 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 95
PROGRAM ELIMINASI FILARIASIS LIMFATIK KEBANGSAAN
Malaysia sedang melaksanakan Program Eliminasi Filariasis Limfatik Kebangsaan
seperti yang ditetapkan oleh WHO. Terdapat 127 mukim endemik (IU) dengan
kadar mikrofilaria melebihi satu (1) peratus di lapan (8) negeri iaitu Kedah, Perak,
Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak. Sehingga tahun 2019,
106 daripada 127 IU telah mencapai prevalen mikrofilaria kurang daripada satu (1)
peratus manakala baki 20 IU telah tamat pusingan pemberian ubat secara beramai-
ramai (MDA) dan di dalam fasa post-MDA surveillance.
Susulan kegagalan Transmission Assessment Survey (TAS-2) di IU Debak pada tahun
2018, pusingan tambahan MDA menggunakan triple drug regiment Ivermectin +
Diethylcarbamazine + Albendazole (IDA) telah dilaksanakan pada tahun 2019 seperti
yang disyorkan oleh WHO dan pusingan kedua akan dijalankan pada tahun 2020.
JAPANESE ENCEPHALITIS
Pada tahun 2019, terdapat 36 kes JE yang dilaporkan di Malaysia, meningkat lapan (8)
kes (28.6 peratus) berbanding 28 kes pada 2018. Sarawak menyumbangkan jumlah
tertinggi dengan 11 kes (30.6 peratus); diikuti oleh Sabah 10 kes (27.8 peratus), Perak
empat (4) kes (11.1 peratus), Kedah empat (4) kes (11.1 peratus), Negeri Sembilan
tiga (3) kes (8.3 peratus), Terengganu dua (2) kes (5.6 peratus) dan masing-masing
satu (1) kes (2.8 peratus) di Kelantan dan Pahang. Terdapat empat (4) kematian yang
direkodkan tahun lalu iaitu dua (2) kes di Sarawak dan masing-masing satu (1) kes
di Perak dan Negeri Sembilan. Kadar insiden (IR) meningkat dari IR 0.08 bagi setiap
100,000 penduduk pada tahun sebelumnya kepada IR 0.11 pada tahun 2019.
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KESIHATAN KELUARGA
KESIHATAN IBU
Liputan perkhidmatan kesihatan ibu hamil di Malaysia melebihi 95 peratus sejak tahun
2010. Penjagaan ini meliputi lawatan antenatal (sekurang-kurangnya satu lawatan),
kelahiran selamat dan lawatan rumah lepas bersalin. Pencapaian bagi tahun 2019
bagi liputan penjagaan tersebut adalah 97.9 peratus, 99.8 peratus dan 110.9 peratus.
Purata lawatan ibu hamil ke klinik untuk sesi antenatal ialah 11.5 kali.
Penurunan nisbah kematian ibu (MMR) di Malaysia sejak 50 tahun yang lalu amat
membanggakan. Walau bagaimanapun, selepas tahun 2000, situasi lebih mencabar
untuk menurunkan lagi nisbah kematian (MMR). MMR menunjukkan tren peningkatan
mendadak pada tahun 2016 iaitu MMR 29.1 dan kembali turun kepada 23.5 per
100,000 kelahiran hidup pada 2018. Lima penyebab utama kematian ibu ialah
Associated Medical Conditions, Postpartum Haemorrhage, Pulmonary Embolism,
Hypertensive Disorders in pregnancy dan Amniotic Fluid Embolism.
LAPORAN TAHUNAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019 85