Page 345 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 345

HAL EHWAL KABINET

               Pada tahun  2019,  Bahagian  ini  telah menyedia dan menyelaras 19  Nota Jemaah
               Menteri dan 45 Memorandum untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri.
               Bahagian ini juga telah memberi input dan menyelaras penyediaan 96 ulasan untuk
               memorandum yang diterima daripada Kementerian lain, serta 36 maklum balas ke
               atas keputusan yang dibuat oleh Jemaah Menteri sepanjang tahun 2019.

               Bagi  memastikan  penyediaan  dan  penyelarasan  Nota  Jemaah  Menteri  dan
               Memorandum  oleh  pegawai-pegawai  KKM  mengikut  proses  /  prosedur  yang
               ditetapkan, BDHA telah  menganjurkan  sebuah  Kursus  Penyediaan  Kertas Jemaah
               Menteri selama satu (1) hari pada 10 September 2019. Seramai 103 orang peserta
               yang terdiri  daripada  pelbagai  bahagian  di  KKM  telah  menghadiri  kursus  yang
               dianjurkan. Seorang penceramah dan dua (2) orang fasilitator dari Bahagian Kabinet,
               Perlembagaan dan  Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana  Menteri telah
               dijemput untuk menjayakan kursus tersebut.

                                                    Imej 16.1
                Kursus Penyediaan Kertas Jemaah Menteri pada 10 September 2019 bertempat di
                                    Dewan Serbaguna, Aras 8, Blok E7, KKM



















                                     Sumber: Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa, KKM

               PERJANJIAN MALAYSIA 1963 (MA63)

               Bahagian  ini  merupakan  urus  setia  kepada  Jawatankuasa  Kerja  Kluster  Sosial
               (Kesihatan) di bawah Jawatankuasa Khas Kabinet Menyemak Pelaksanaan Perjanjian
               Malaysia  1963  yang  bertanggungjawab  untuk  membincangkan  isu-isu  kesihatan
               daripada Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak. Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kluster
               Sosial (Kesihatan) bagi Jawatankuasa Kerja Kabinet Untuk Menyemak Pelaksanaan
               Perjanjian  Malaysia 1963  telah diadakan pada  10  April  2019. Dalam hal  ini,  satu
               Jawatankuasa Khas Bagi Membincangkan Isu-Isu Kesihatan Negeri Sabah dan Sarawak
               telah ditubuhkan dan mesyuarat pertama iaitu Mesyuarat Jawatankuasa Khas Bagi
               Membincangkan Isu-Isu Kesihatan Negeri Sarawak Bil. 1/2019 telah diadakan pada
               26 September 2019 bagi Negeri Sarawak. Bagi Negeri Sabah, satu kunjungan hormat
               oleh YBhg. Ketua Setiausaha KKM ke atas YB Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan
               Rakyat Sabah telah diadakan pada 13 Jun 2019.



                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  335
   340   341   342   343   344   345   346   347   348   349   350