Page 342 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 342
Antara pencapaian MPI bagi tahun 2019 adalah mewujudkan Skim Peduli Kesihatan
B40 (PeKa B40) yang mensasarkan kepada golongan berpendapatan rendah yang
mungkin menghadapi kesulitan untuk menerima rawatan kesihatan asas oleh kerana
kos yang tinggi di klinik swasta. Penyakit NCD yang disaring di bawah skim ini adalah
kencing manis, darah tinggi, hyperkolesterolemia, kanser payudara, kanser prostat
dan penyakit mental. Inisiatif ini menerima peruntukan sebanyak RM100juta yang
mana dijangka dinikmati oleh lebih kurang 800,000 rakyat secara berperingkat.
Seramai 234,171 orang telah menerima kemudahan PeKa B40 sepanjang tahun 2019.
MPI turut memberi fokus kepada pendigitalan sistem kesihatan menerusi Electronic
Medical Record (EMR) di fasiliti-fasiliti kesihatan secara berperingkat. Dengan
adanya EMR, setiap pesakit mempunyai data peribadi yang mana rekod kesihatan
boleh diakses di mana-mana fasiliti kesihatan tanpa perlu melakukan ujian makmal
berulang kali. Aplikasi e-kesihatan ini dijangka dapat mengurangkan waktu menunggu,
mengelakkan kesilapan atau ralat dalam memberi ubat-ubatan, akses dan integrasi
rekod pesakit menjadi lebih mudah dan pantas serta para pesakit dapat menikmati
kualiti perkhidmatan yang jauh lebih baik.
MPI juga memberi tumpuan untuk memperluaskan skop perkhidmatan melalui
inisiatif Enhanced Primary Healthcare (EnPHC) kepada 40 klinik kesihatan terpilih
melibatkan tiga (3) negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Johor. MPI ini adalah
untuk meningkatkan kualiti dan skop perkhidmatan termasuklah rawatan dan
pencegahan penyakit tidak berjangkit (NCD) terutamanya darah tinggi, kencing manis
dan hiperkolesterolemia di kalangan populasi berisiko tinggi.
LAPORAN TAHUNAN
332 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019