Page 344 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 344

PENGENALAN


            Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa (BDHA) merupakan sebuah organisasi
            yang  memainkan  peranan  penting  dalam  penggubalan  dan  pelaksanaan  dasar-
            dasar serta merupakan  focal  point  dalam  hal  ehwal  hubungan  antarabangsa  dan
            pembangunan industri kesihatan. BDHA turut memainkan peranan penting dalam
            menyelaras  isu-isu  perdagangan  antarabangsa  dan  liberalisasi  serta  memastikan
            kepentingan berkaitan kesihatan Malaysia disuarakan dan dilindungi secara diplomasi
            melalui mekanisma instrumen undang-undang antarabangsa dan pelbagai Perjanjian
            Perdagangan yang berkaitan. Bahagian ini juga memainkan peranan penting dalam
            penyelarasan penyediaan Kertas Jemaah Menteri selain bertanggungjawab sebagai
            urus setia Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian.


            AKTIVITI DAN PENCAPAIAN

            Sepanjang tahun 2019, BDHA telah melaksana dan menyelaras pelbagai aktiviti di
            peringkat bahagian, kementerian, kebangsaan dan antarabangsa. Di antara aktiviti
            dan pencapaian tersebut adalah:


            MESYUARAT PERINGKAT TERTINGGI KEMENTERIAN KESIHATAN

            Bahagian  ini  juga  melaksanakan  tanggungjawab  sebagai  urus  setia  bagi  tiga  (3)
            Mesyuarat Peringkat Tertinggi di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pada tahun
            2019, sebanyak 31 Mesyuarat Pasca Kabinet, dua (2) Mesyuarat Mini Pasca Kabinet
            dan satu (1) Perjumpaan Khas Bersama YB Menteri Kesihatan telah diadakan. Selain
            itu, sebanyak 19 Mesyuarat Pengurusan Khas KKM dan tiga (3) Mesyuarat Pengurusan
            KKM telah diadakan. Mesyuarat ini merupakan platform kepada semua Setiausaha/
            Pengarah Bahagian untuk meneliti dan membahaskan isu-isu dasar dan pengurusan
            KKM secara tuntas.


            MESYUARAT PERINGKAT TERTINGGI BERSAMA KEMENTERIAN LAIN

            Selain  Mesyuarat  Peringkat  Tertinggi  KKM,  Bahagian  ini  turut  bertanggungjawab
            sebagai  urus  setia  kepada  Mesyuarat  Tertinggi  di  KKM  bersama  kementerian  lain
            seperti berikut:

            i.    Sesi Kunjungan Hormat dan Mesyuarat Dua Hala mengenai Hospital Pengajar
                  Universiti  Awam  Malaysia  di  antara  YB  Menteri  Kesihatan  dan  YB  Menteri
                  Pendidikan pada 20 Mac 2019;
            ii.   Sesi Kunjungan Hormat dan Mesyuarat Dua Hala YB Menteri Kesihatan Ke Atas YB
                  Menteri Dalam Negeri pada 24 Jun 2019 berhubung cadangan Decriminalization
                  of Drug Addicts dan isu pengurusan penyakit Tuberkulosis (TB) dan lain-lain
                  penyakit berjangkit khususnya di  penjara,  lokap, pusat tahanan  dan  depoh
                  tahanan; dan
            iii.   Sesi Kunjungan Hormat dan Mesyuarat Dua Hala di antara YB Menteri Kesihatan
                  dan  YB  Menteri  Kewangan  berhubung  Kumpulan  Fokus  Belanjawan  2020:
                  Ensuring Greater Access to Quality Healthcare for All pada 6 September 2019.




        LAPORAN TAHUNAN
    334  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   339   340   341   342   343   344   345   346   347   348   349