Page 350 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 350

iv.   31   Commonwealth  Health  Ministers  Meeting  and  72nd  World  Health
                    st
                  Assembly
                  Persidangan ini telah diadakan di Geneva, Switzerland dari 19 hingga 22 Mei
                  2019 dan delegasi telah diketuai oleh YB Menteri Kesihatan dengan penyertaan
                  YBhg. Ketua Pengarah Kesihatan dan empat (4) orang pegawai KKM.

            v.    Working Level Bilateral Meeting Between Ministry of Health Malaysia and
                  Department of Health The Republic of the Philippines
                  Mesyuarat telah diadakan di Kota Kinabalu, Sabah pada 13 hingga 14 Jun 2019
                  yang dipengerusikan oleh  Timbalan  Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan
                  Awam). Ketua Setiausaha telah menyampaikan ucapan pembukaan di dalam
                  majlis perasmian berkaitan liputan Kesihatan sejagat dan kolaborasi pengusiran
                  perlabuhan  ke  perlabuhan.  Mesyuarat  tersebut  turut  dihadiri  oleh  wakil
                  daripada Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Jabatan
                  Imigresen Malaysia  dan  Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat
                  Negeri Sabah.

            vi.   APEC 9  High Level Meeting on Health and the Economy
                         th
                  Mesyuarat telah diadakan di Puerto Varas, Chile pada 19 hingga 21 Ogos 2019.
                  Delegasi Malaysia yang diketuai oleh Ketua Setiausaha telah dijemput untuk
                  memberi  ucapan pada sesi  plenary  dan perbincangan  luncheon  roundtable
                  serta terlibat dalam perbincangan dua hala dengan rakan sejawatan dari negara
                  Brunei, Chile, Taipei, Peru dan Singapura.


            vii.  14   ASEAN Health Ministers Meeting & Related Meetings
                    th
                  Mesyuarat telah diadakan di Siem Reap, Cambodia pada 28 hingga 30 Ogos
                  2019 dan  delegasi  diketuai  oleh  YB  Menteri Kesihatan.  Mesyuarat tersebut
                  telah diadakan secara berterusan selepas daripada mesyuarat 8th ASEAN Plus
                  Three Health Ministers Meeting (APTHMM) dan mesyuarat 7th ASEAN-China
                  Health Ministers Meeting (ACHMM).

            viii.  The  70   Session  of  the  WHO  Regional  Committee  for  the  Western  Pacific
                         th
                  (RCM70)
                  Persidangan ini telah diadakan di Manila, Filipina dari 7 hingga 11 Oktober 2019
                  dan delegasi telah diketuai oleh YB Menteri Kesihatan dengan penyertaan YBhg.
                  Ketua Pengarah Kesihatan dan empat (4) orang pegawai KKM.

            ix.   94  ASEAN Coordinating Committee on Services Meeting (CCS) And Related
                    th
                  Meetings
                  Mesyuarat telah diadakan di Manila, Filipina pada 21 hingga 24 Oktober 2019
                  dan telah dihadiri oleh enam (6) orang pegawai daripada KKM dan juga Majlis
                  Perubatan Malaysia (MPM).
            x.    ASEAN-Republic of Korea Commemorative Summit 2019
                  Persidangan telah diadakan di Seoul, Republik  Korea  pada 26  hingga 29
                  November 2019 yang diketuai oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.






        LAPORAN TAHUNAN
    340  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   345   346   347   348   349   350   351   352   353   354   355