Page 340 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 340
Rajah 15.3
Analisa Isu-Isu yang Paling Kerap Diterima oleh KKM Sepanjang Tahun 2019
Sumber: Unit Parlimen, KKM
RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA PROMOSI KESIHATAN MALAYSIA
(PEMBUBARAN) 2019
Rang Undang-undang Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (Pembubaran) 2019
telah dibuat Bacaan Kali Pertama di Dewan Rakyat pada 14 November 2019 manakala
Bacaan Kali Kedua dan Ketiga adalah pada 4 Disember 2019. Bagi bacaan Kali Kedua
serta Ketiga di Dewan Negara, ianya telah dibuat pada 19 Disember 2019.
Pembubaran LPKM ini adalah salah satu inisiatif di bawah Rasionalisasi Perkhidmatan
Awam Kerajaan semasa dan ia bertujuan untuk memperkemaskan program
promosi kesihatan di Malaysia di bawah KKM. Rasionalisasi ini juga dibuat untuk
mengoptimumkan lagi sumber yang ada agar ianya dapat dimanfaatkan sepenuhnya
bagi menggerakkan inisiatif amalan gaya hidup sihat secara lebih bersepadu.
Rang Undang-undang ini telah mendapat Perkenan Diraja pada 30 Disember 2019
dan disiarkan di dalam Warta pada 31 Disember 2019.
LAPORAN TAHUNAN
330 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019