Page 348 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 348
Imej 16.4
International Sourcing Program 2019 di KLCC
Sumber: Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa, KKM
KERJASAMA ANTARABANGSA
BDHA berperanan sebagai focal point Kementerian dalam mengenal pasti peluang
kerjasama serantau dalam sektor kesihatan melalui penyelarasan Memorandum
Persefahaman, Memorandum Kerjasama dan perjanjian serta khidmat nasihat
penyertaan mesyuarat, forum dan persidangan di peringkat antarabangsa.
MEMORANDUM PERSEFAHAMAN
Pada tahun 2019, terdapat dua (2) Memorandum Persefahaman telah dimeterai
di antara Kementerian Kesihatan dan negara-negara yang terlibat. Memorandum
Persefahaman tersebut adalah:
i. Memorandum Persefahaman di antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik
Filipina dalam Bidang Kesihatan; dan
ii. Memorandum Persefahaman di antara Kerajaan Malaysia dan Kementerian
Kesihatan dan Kebajikan Republik Korea berhubung kerjasama dalam bidang
Penjagaan Kesihatan dan Sains Perubatan.
LAPORAN TAHUNAN
338 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019