Page 346 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 346

KERJASAMA AWAM DAN SWASTA – KURSUS EKONOMI KESIHATAN DAN
            PENGURUSAN

            Kursus Ekonomi Kesihatan dan Pengurusan bagi tahun 2019 merupakan kursus secara
            kerjasama awam dan swasta di antara International Medical University (IMU) dan
            KKM. Kursus ini telah diadakan dari 29 Oktober 2019 hingga 1 November 2019 di IMU
            yang menyasarkan pegawai-pegawai Kementerian Kesihatan Gred 44 hingga 48 yang
            berkhidmat di Ibu Pejabat KKM dan fasiliti kesihatan di sekitar Lembah Klang.

            Tujuan penganjuran kursus ini adalah untuk memberi pendedahan dan melengkapkan
            para peserta mengenai konsep dan pengetahuan khusus mengenai sektor penjagaan
            kesihatan,  meningkatkan  tahap  kepekaan  peserta kepada  ekspektasi  stakeholders
            dan  pengurusan  tertinggi  KKM,  memberi  pengetahuan  asas  berhubung  industri
            penjagaan kesihatan tempatan dan  global  serta trend semasa  dan  melengkapkan
            peserta dengan pendedahan kepada tools yang boleh diaplikasikan dalam membuat
            keputusan  berkaitan  pengagihan  sumber dan  penambahbaikan  penyampaian
            perkhidmatan kesihatan. Selain daripada itu, satu lawatan ke Hospital Gleneagles,
            Kuala Lumpur telah diadakan bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai
            pengurusan hospital swasta.

                                                 Imej 16.2
                                Kursus Ekonomi Kesihatan dan Pengurusan
















                                  Sumber: Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa, KKM

            PENYELARAS BUDAYA KORPORAT KKM


            BDHA merupakan Ahli Jawatankuasa Kecil Pengurusan Pelanggan (Penerapan Budaya
            Korporat).  Peranan  utama  BDHA  antaranya  ialah  memastikan  inisiatif  penyebaran
            budaya  korporat  kepada  warga  KKM  berjalan  lancar  dan  memastikan  bahan  yang
            diterbitkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan Institut Latihan di bawah KKM
            selari dengan mesej dan tema kempen budaya korporat.













        LAPORAN TAHUNAN
    336  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   341   342   343   344   345   346   347   348   349   350   351