Page 341 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 341
PERATURAN MESYUARAT 18 (1) – PENGISYTIHARAN DARURAT DI PASIR
GUDANG, JOHOR AKIBAT PENCEMARAN KIMIA
Berikutan isu pencemaran toksik yang berlaku di Pasir Gudang, Johor kesan daripada
pembuangan bahan kimia secara haram di Sungai Kim Kim, Yang Berhormat Pasir
Gudang telah mengemukakan usul tergempar di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1)
iaitu supaya Kerajaan Pusat mengisytiharkan darurat di Pasir Gudang dan usul ini telah
diluluskan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk dibahaskan. Semasa membahaskan
usul tersebut, beberapa Kementerian terlibat seperti Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM), Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan
Iklim (MESTECC), Kementerian Pertahanan (MINDEF), Kementerian Pertanian dan
Industri Asas Tani (MOA) termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah
mengemukakan jawapan dan memaklumkan langkah-langkah pencegahan yang telah
dilaksanakan dalam mengatasi masalah pencemaran berkenaan.
Semasa sesi penggulungan, YB Menteri Kesihatan Malaysia telah mengemukakan
langkah-langkah pencegahan, rawatan dan pemeriksaan yang telah dilaksanakan di
semua peringkat termasuk premis-premis yang disyaki terjejas ekoran daripada kes
pencemaran berkenaan. Semasa sesi berkenaan juga, turut dimaklumkan adalah
mengenai langkah-langkah keselamatan yang perlu diutamakan oleh masyarakat
setempat seperti pemakaian alat perlindungan diri termasuk topeng muka serta alat
perlindungan mata. Walaupun tiada pengisytiharan darurat hasil daripada usul ini,
Kerajaan Pusat dan Negeri telah mengambil semua langkah-langkah yang perlu dalam
mengatasi masalah berkenaan.
PETUNJUK PRESTASI MENTERI
Petunjuk Prestasi Menteri (MPI) dilaksanakan selaras dengan perutusan YAB Perdana
Menteri dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan pada 7 September 2018 yang mana
YAB Perdana Menteri menyatakan terdapat keperluan untuk memantau prestasi
pentadbiran kerajaan baharu, khususnya di peringkat menteri.
PENCAPAIAN MINISTERIAL PERFORMANCE INDICATOR (MPI) YB
MENTERI KESIHATAN TAHUN 2019
Pada tahun 2019, MPI difokuskan kepada peluasan penjagaan kesihatan primer, akses
perkhidmatan kesihatan yang menyeluruh, pendigitalan sistem kesihatan, peningkatan
kecekapan penyampaian perkhidmatan, pembinaan keupayaan dan kapasiti serta
penambahbaikan dasar serta langkah-langkah promosi yang aktif dengan kerjasama
kementerian dan agensi berkaitan.
LAPORAN TAHUNAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019 331