Page 347 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 347
Sehingga hujung tahun 2019, sebanyak 2,074 kursus berkaitan budaya korporat yang
melibatkan 82,614 peserta telah dilaksanakan oleh semua JKN. Sebanyak 12 poster
Budaya Korporat dan pengumuman awam dibuat melalui portal KKM dan media
sosial sepanjang tahun. Antara tema yang dipromosikan dalam poster bulanan adalah
Kejujuran, Kerja Berpasukan, Imej Korporat dan Pemikiran Strategik.
SESI TOWN HALL YB MENTERI KESIHATAN BERSAMA INDUSTRI
KESIHATAN
Pada tahun 2019, BDHA telah telah bekerjasama bersama Program Perkhidmatan
Farmasi dan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan telah menjayakan tiga (3) sesi Town
Hall YB Menteri Kesihatan bersama Industri Kesihatan sebagai satu platform untuk
mendengar dan memahami isu serta cabaran yang dihadapi oleh pihak-pihak industri.
Senarai Sesi Town Hall yang telah diadakan adalah seperti berikut:
i. Sesi Town Hall YB Menteri Kesihatan bersama Industri Farmaseutikal, 2 April
2019;
ii. Sesi Town Hall YB Menteri Kesihatan bersama Persatuan-Persatuan Farmasi
Komuniti, 8 Ogos 2019; dan
iii. Sesi Town Hall YB Menteri Kesihatan bersama Industri Peranti Perubatan, 16
Oktober 2019.
Imej 16.3
Sesi Town Hall YB Menteri Kesihatan Bersama Industri Kesihatan
Sumber: Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa, KKM
INTERNATIONAL SOURCING PROGRAM 2019
Bahagian ini telah mengadakan International Sourcing Program (INSP) bersempena
27 APHM International Healthcare Conference and Exhibition 2019 di Pusat
th
Konvensyen Kuala Lumpur dari 29 hingga 31 Julai 2019. Program ini merupakan satu
kolaborasi bersama Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE)
untuk memadankan syarikat farmaseutikal dan peranti perubatan tempatan
dengan pembeli dari luar negara sebagai satu usaha bersama Kementerian untuk
mengembangkan industri kesihatan tempatan.
LAPORAN TAHUNAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019 337