Page 339 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 339
ANALISA JUMLAH PERTANYAAN YANG DIKENDALIKAN MENGIKUT
BAHAGIAN DAN ISU
Untuk tahun 2019, Bahagian Kawalan Penyakit telah menerima jumlah pertanyaan
tertinggi iaitu berjumlah 141 pertanyaan diikuti oleh Bahagian Perkembangan
Perubatan (116 pertanyaan), Bahagian Pembangunan (95 pertanyaan), Bahagian
Perancangan (89 pertanyaan), Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga (58
pertanyaan), Bahagian Sumber Manusia (52 pertanyaan).
Rajah 15.2
Analisa Jumlah Pertanyaan yang Dijawab oleh Bahagian Sepanjang Tahun 2019
Sumber: Unit Parlimen, KKM
Pertanyaan mengenai pembinaan, naik taraf serta menambah baik fasiliti di klinik dan
hospital (179 pertanyaan) adalah isu yang paling kerap diterima. Isu lain seperti sumber
manusia termasuk kekurangan doktor pakar dan kebajikan kekitangan kesihatan (66
pertanyaan), fasiliti di hospital / klinik (61 pertanyaan) dan penyakit berjangkit / tidak
berjangkit (46 pertanyaan) adalah antara pertanyaan yang sering diajukan kepada
KKM. Isu yang menjadi perhatian umum seperti rokok dan vape (44 pertanyaan),
rawatan kesihatan termasuk hemodialisis, IVF serta bekam (40 pertanyaan) dan isu
kesihatan mental (35 pertanyaan) turut menjadi perhatian ahli Dewan Rakyat dan
Negara sepanjang persidangan Parlimen tahun 2019.
LAPORAN TAHUNAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019 329