Page 338 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 338
HAL EHWAL PARLIMEN
Sesi Persidangan Parlimen Malaysia bagi tahun 2019 telah dijalankan selama 93 hari
melalui tiga (3) mesyuarat iaitu:
i. Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Parlimen Keempat belas, bersidang
mulai 11 Mac hingga 9 Mei 2019 (30 hari);
ii. Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Parlimen Keempat Belas, bersidang
mulai 1 hingga 31 Julai 2019 (19 hari); dan
iii. Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Parlimen Keempat Belas, bersidang
mulai 7 Oktober hingga 19 Disember 2019 (44 hari).
Sepanjang tahun 2019, KKM telah menerima sejumlah 750 Pertanyaan Lisan, Bukan
Lisan, Waktu Pertanyaan Menteri (MQT), Isu Berbangkit semasa Perbahasan (Titah
Diraja, Belanjawan 2020 dan Rang Undang-undang Lembaga Promosi Kesihatan
Malaysia (Pembubaran) 2019), Peraturan Mesyuarat 17, Peraturan Mesyuarat 18 (1)
serta Usul Penangguhan.
Rajah 15.1
Jumlah Pertanyaan Lisan, Bukan Lisan, Waktu Pertanyaan Menteri, Isu
Berbangkit semasa perbahasan (Titah Diraja, Belanjawan 2020 dan Rang
Undang-undang Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (Pembubaran) 2019),
Peraturan Mesyuarat serta Usul Berkaitan KKM Sepanjang Tahun 2019
Sumber: Unit Parlimen, KKM
LAPORAN TAHUNAN
328 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019