Page 281 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 281
UBAT KELULUSAN KHAS
Kelulusan khas daripada Ketua Pengarah Kesihatan (KPK)/Pengarah Kanan
Perkhidmatan Farmasi (PKPF) diperlukan untuk memperoleh dan menggunakan ubat
yang tidak tersenarai dalam FUKKM termasuk ubat berdaftar atau ubat tidak berdaftar.
Permohonan bagi kelulusan khas ini dipertimbangkan untuk rawatan alternatif
dengan memberi keutamaan kepada penggunaan ubat-ubatan yang terdapat dalam
FUKKM. Sepanjang tahun 2019, terdapat 8,141 permohonan telah diterima daripada
fasiliti-fasiliti KKM dengan peningkatan sebanyak 25.1 peratus berbanding tahun
2018 (6,506 permohonan). Secara keseluruhan, 93.6 peratus (7,625 permohonan)
telah diluluskan dengan anggaran kos sebanyak RM130.7 juta (Rajah 8.7).
Rajah 8.7
Bilangan dan Kos Kelulusan Permohonan Ubat Khas Fasiliti KKM bagi 2016 hingga
2019
Kos (RM)
Sumber: Bahagian Amalan & Perkembangan Farmasi, KKM
HARI FARMASI SEDUNIA 2019
Hari Farmasi Sedunia disambut pada 25 September setiap tahun bagi meningkatkan
kesedaran awam tentang profesion ahli farmasi dan mengiktiraf kepentingan bidang
farmasi di dalam perkhidmatan kesihatan. Pada tahun ini, Program Perkhidmatan
Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia telah berjaya menganjurkan Hari Farmasi
Sedunia 2019 di Dewan Dato’ Penggawa Permatang, Kuala Selangor pada 5 Oktober
2019. Tema sambutan adalah ‘Safe and Effective Medicines for All’ yang menekankan
fungsi ahli farmasi dalam memastikan keselamatan pesakit dengan meningkatkan
penggunaan ubat-ubatan dengan cara yang betul dan mengurangkan kadar kesalahan
pengubatan.
LAPORAN TAHUNAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019 271