Page 282 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 282
Bersempenaan dengan sambutan Hari Farmasi Sedunia 2019, Program Santuni
Rakyat: Kenali Ubat Anda telah dilancarkan dengan majlis perasmian disempurnakan
oleh YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.
Antara aktiviti yang diadakan adalah ‘FunWalk’ dan ‘Jom Jelajah Komuniti: Kenali Ubat
Anda’ yang dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad, Menteri Kesihatan
Malaysia. Beliau telah turut bersama-sama dengan ahli-ahli farmasi melawat ke
rumah pesakit di sekitar Kuala Selangor untuk menilai pengurusan ubat pesakit
dan mengenal pasti masalah-masalah lain berkaitan ubat-ubatan. Selain itu, aktiviti
seperti pemeriksaan kesihatan, kaunseling ubat-ubatan, pameran kesihatan, ceramah
kesihatan, Pharmazania dan Forum Fakta & Mitos berkaitan ubat-ubatan juga telah
diadakan.
Imej 8.1
Aktiviti-Aktiviti yang Dilaksanakan Semasa Hari Farmasi Sedunia 2019
Majlis Perasmian
Pelancaran ‘Funwalk’ Lawatan ke Rumah Pesakit
Sumber: Bahagian Dasar & Perancangan Strategik Farmasi, KKM
LAPORAN TAHUNAN
272 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019