Page 286 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 286

Imej 8.5
                 Pengarah NPRA, Datin Dr. Faridah Aryani binti Md. Yusof (Empat dari Kiri)
                                      Menerima Sijil bagi Pihak NPRA
























                                       Sumber: Bahagian Regulatori Farmasi Negara

            TINDAKAN PENGUATKUASAAN TERHADAP CECAIR ROKOK ELEKTRONIK
            MENGANDUNGI NIKOTIN

            Aktiviti  pengilangan,  pembekalan  dan  penjualan  cecair  rokok  elektronik  yang
            mengandungi  Nikotin  adalah  dikawal  di  bawah  Akta  Racun  1952.  Nikotin  yang
            merupakan racun kumpulan C di bawah Akta tersebut hanya boleh dibekalkan untuk
            tujuan rawatan perubatan oleh Ahli Farmasi yang berlesen dan Pengamal Perubatan
            yang berdaftar. Pembekalan nikotin oleh pihak-pihak yang lain adalah salah di sisi
            undang-undang. Namun Nikotin dalam produk tembakau dikecualikan dari kawalan
            akta ini.

            Berikutan  pertambahan  aduan  berkenaan  penjualan  nikotin  yang  diterima  oleh
            Bahagian  Penguatkuasaan  Farmasi, pemeriksaan  dan  serbuan  bersepadu  telah
            dijalankan terhadap penjual cecair rokok  elektronik  di seluruh  negara. Sebanyak
            128 premis penjual telah diperiksa dan sebanyak 104,974 botol/bekas cecair rokok
            elektronik yang disyaki mengandungi Nikotin telah dirampas dengan nilai rampasan
            sebanyak RM8,003,194. Kesemua kes akan disiasat di bawah Seksyen 13 Akta Racun
            1952 dan jika didapati bersalah boleh dihukum di bawah Seksyen 32(2) akta yang
            sama iaitu denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi 1 tahun atau
            kedua-duanya (Imej 8.6).
















        LAPORAN TAHUNAN
    276  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   281   282   283   284   285   286   287   288   289   290   291