Page 279 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 279
baru kimia/ubat-ubatan baru, biologik, preskripsi, bukan preskripsi, supplemen
kesihatan, produk tradisional dan juga veterinar. Sepanjang 2019, sebanyak 1,324
produk telah didaftarkan daripada 1,557 permohonan yang diterima (Jadual 8.1).
Produk-produk ini terdiri daripada 49.26 peratus produk tempatan dan 50.74 peratus
produk yang diimport. Kumulatif produk yang masih berdaftar sehingga Disember
2019 adalah 23,655 produk.
Jadual 8.1
Bilangan Produk yang Didaftarkan bagi 2015 hingga 2019
Kategori Produk 2015 2016 2017 2018 2019
Produk Preskripsi 280 263 325 354 187
Produk Bukan Preskripsi 41 40 61 79 66
Produk Tradisional 569 648 651 738 679
Supplemen Kesihatan 236 238 242 322 315
Produk Veterinar 94 79 68 73 77
Jumlah 1,220 1,268 1,347 1,566 1,324
Sumber: Bahagian Regulatori Farmasi Negara
PASCA PENDAFTARAN PRODUK
NPRA menjalankan pemantauan secara berterusan ke atas produk berdaftar di pasaran
tempatan bagi memastikan produk tersebut menepati keperluan keselamatan,
keberkesanan dan kualiti. Pada tahun 2019, Program Pemantauan Kesan Advers
Ubat (ADR) Kebangsaan telah menerima sebanyak 29,983 laporan, peningkatan 14.8
peratus berbanding tahun sebelumnya (Rajah 8.5).
Rajah 8.5
Bilangan Laporan ADR yang Diterima bagi 2015 hingga 2019
Sumber: Bahagian Regulatori Farmasi Negara
LAPORAN TAHUNAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019 269