Page 284 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 284
ii. TRADITIONAL MEDICINES AND HEALTH SUPPLEMENTS PRODUCT WORKING
GROUP (ACCSQ- TMHS) KE-32
NPRA juga telah menganjurkan Mesyuarat ACCSQ-TMHS PWG yang bertempat di
Hotel Royale Chulan Damansara, Selangor dari 4 hingga 8 November 2019. Pegawai
kerajaan daripada Agensi Regulatori Ubat-ubatan Kebangsaan serta ahli industri TMHS
dari negara anggota ASEAN telah menghadiri program yang berlangsung selama lima
(5) hari ini. Jumlah peserta bagi mesyuarat ini adalah sebanyak 118 orang. Sidang
mesyuarat ini telah dirasmikan pada 25 Jun 2019 oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan
Farmasi, Dr. Ramli bin Zainal.
Objektif utama mesyuarat ACCSQ-TMHS PWG adalah untuk mewujudkan harmonisasi
dalam skim keperluan teknikal dan garis panduan regulatori untuk produk TMHS bagi
mengurangkan halangan teknikal di dalam perdagangan di antara negara anggota
ASEAN dan menyumbang kepada inisiatif Integrasi Ekonomi ASEAN tanpa menjejaskan
kualiti, keselamatan dan efikasi produk (Imej 8.3).
Imej 8.3
Ketua Perwakilan daripada Negara Anggota ASEAN
Sumber: Bahagian Regulatori Farmasi Negara
TECHNICAL MEETING ON REGIONAL COLLABORATIVE STRATEGY FOR THE ASEAN
DRUG SECURITY AND SELF-RELLIANCE
Di bawah ASEAN Health Cluster 3 (Strengthening Health System and Access to Care
Work Plan for 2016-2020) – Theme 2 (Availability and Quality of Care), Malaysia telah
diamanahkan untuk mengetuai projek Development of Regional Collaborative Strategy
for the ASEAN Drug Security and Self-Reliance (ADSSR). Technical Meeting on Regional
Collaborative Strategy for the ASEAN Drug Security and Self-Reliance (ADSSR) telah
dianjurkan oleh Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik Farmasi pada 6 hingga
LAPORAN TAHUNAN
274 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019