Page 285 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 285
8 November 2019 di Hotel Everly, Putrajaya. Tujuan mesyuarat teknikal ini diadakan
adalah untuk membincangkan rangka kerja kolaborasi antara negara-negara ASEAN
bagi meningkatkan sekuriti dan kemandirian ubat-ubatan serta membincangkan
kesesuaian pelaksanaan perolehan ubat-ubatan secara bersama (pool procurement)
di rantau ini. Seramai 31 orang delegasi daripada enam (6) negara ASEAN bersama
dua (2) Sekretariat ASEAN dan wakil-wakil dari Kementerian Kesihatan Malaysia telah
menghadiri mesyuarat teknikal ini (Imej 8.4).
Imej 8.4
Wakil dari Negara Anggota ASEAN
Sumber: Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik Farmasi, KKM
PENGIKTIRAFAN KEPADA NPRA BAGI PELAKSANAAN DASAR NEGARA
BAGI PEMBANGUNAN DAN PELAKSANAAN PERATURAN (NPDIR)
NPRA sedang mempromosikan Amalan Pengawalseliaan Baik (GRP) dalam
pembangunan dasar dan garis panduan baru selaras dengan persetujuan antarabangsa
daripada OECD-GLP-MAD, PIC/S dan kumpulan kerja ASEAN. NPRA telah diberi sijil
penghargaan untuk sumbangan aktif dan komitmen yang tinggi terhadap perlaksanaan
Dasar Negara Bagi Pembangunan dan Pelaksanaan Peraturan (NPDIR) selama dua
(2) tahun berturut-turut (tahun 2018 dan 2019) pada Konvensyen Kebangsaan
Amalan Pengawalseliaan Baik yang telah dianjurkan oleh Malaysian Productivity
Corporation. Anugerah ini diberikan untuk terus memupuk kepentingan pelaksanaan
GRP khususnya bagi pembuat dasar terutamanya dalam memastikan kualiti dasar dan
peraturan kerajaan dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomik dan produktiviti di
Malaysia (Imej 8.5).
LAPORAN TAHUNAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019 275