Page 280 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 280
PENYENARAIAN ATAU PINDAAN KEPADA FORMULARI UBAT
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Formulari Ubat Kementerian Kesihatan Malaysia (FUKKM) merupakan senarai ubat-
ubatan yang telah diluluskan untuk digunakan di semua fasiliti KKM. Ia berfungsi
sebagai panduan kepada anggota kesihatan KKM dalam menentukan ubat-ubatan
yang diperlukan untuk rawatan pesakit. Permohonan penyenaraian/pindaan kepada
FUKKM diputuskan dalam Mesyuarat Panel Kaji Semula Senarai Ubat-ubatan KKM
yang bersidang sebanyak tiga (3) kali setahun. Bahagian Amalan dan Perkembangan
Farmasi bertanggungjawab untuk memproses dan menilai permohonan penyenaraian/
pindaan terhadap FUKKM.
Sehingga Disember 2019, terdapat sebanyak 1,684 persediaan yang merangkumi 858
entiti kimia telah disenaraikan dalam FUKKM. Bilangan ubat-ubatan yang tersenarai
dalam FUKKM dari tahun 2016 hingga 2019 diringkaskan dalam Rajah 8.6.
Rajah 8.6
Ubat-ubatan yang Tersenarai dalam FUKKM bagi 2016 hingga 2019
Sumber: Bahagian Amalan & Perkembangan Farmasi, KKM
LAPORAN TAHUNAN
270 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019