Page 283 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 283
MESYUARAT ASEAN CONSULTATIVE COMMITTEE FOR STANDARDS AND
QUALITY
i. PHARMACEUTICAL PRODUCT WORKING GROUP (ACCSQ- PPWG) KE-27
NPRA telah menjadi tuan rumah bagi mesyuarat ASEAN Consultative Committee
for Standards and Quality - Pharmaceutical Product Working Group yang ke-27
yang diadakan di Hotel G Gurney, Pulau Pinang dari 24 sehingga 27 Jun 2019. Lebih
250 peserta, termasuk pegawai agensi regulatori ubat-ubatan serta pihak industri
farmaseutikal daripada negara anggota ASEAN telah menghadiri program yang
berlangsung selama empat (4) hari ini. Sidang mesyuarat ini telah dirasmikan pada 25
Jun 2019 oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Dr. Ramli bin Zainal.
Objektif utama mesyuarat ACCSQ-PPWG adalah untuk mewujudkan harmonisasi
dalam skim peraturan produk farmaseutikal yang dapat diguna pakai oleh negara
anggota ASEAN, serta turut membantu mencapai objektif ASEAN Free Trade Area
(AFTA) iaitu mengurangkan halangan teknikal sedia ada tanpa menjejaskan kualiti,
keselamatan dan efikasi produk tersebut (Imej 8.2).
Imej 8.2
Ketua Perwakilan Negara Anggota ASEAN pada Sesi Mesyuarat ACCSQ-PPWG
ke-27
Sumber: Bahagian Regulatori Farmasi Negara
LAPORAN TAHUNAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019 273