Page 276 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 276
PENGENALAN
Program Perkhidmatan Farmasi bertanggungjawab memastikan keluaran
farmaseutikal yang digunakan dalam negara adalah mematuhi piawai, berkualiti,
selamat dan berkesan, melindungi kepentingan rakyat dengan menguatkuasakan
undang-undang dan peraturan berkaitan farmaseutikal dan memastikan ubat-ubatan
digunakan secara rasional oleh professional kesihatan dan juga pengguna. Program
ini terdiri daripada lima (5) Bahagian utama yang diketuai oleh Pengarah Kanan
Perkhidmatan Farmasi dengan matlamat untuk menyediakan perkhidmatan yang
terbaik kepada rakyat (Rajah 8.1).
Rajah 8.1
Program Perkhidmatan Farmasi
Sumber: Bahagian Dasar & Perancangan Strategik Farmasi, KKM
AKTIVITI DAN PENCAPAIAN
AHLI FARMASI BERDAFTAR DI MALAYSIA
Jumlah keseluruhan Ahli Farmasi yang memperbaharui Sijil Tahunan 2019 (berdaftar)
adalah sebanyak 15,348 orang (Rajah 8.2).
LAPORAN TAHUNAN
266 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019