Page 262 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 262
Peningkatan keperluan pengumpulan data menyebabkan tenaga kerja di lapangan
merasa tertekan. Maka satu pasukan kerja telah dikenal pasti untuk melihat cara yang
mudah dan cepat untuk mengumpul data dengan menggunakan MS Access dan MS
Excel. Sistem pelaporan luar talian ini telah dibangunkan dan sedang diuji di lapangan.
Pada keseluruhannya, terdapat peningkatan pengguna perkhidmatan pergigian
primer daripada 25.8 peratus pada tahun 2018 kepada 26.9 peratus pada tahun 2019
(Jadual 7.2).
PENJAGAAN KESIHATAN PERGIGIAN KEPAKARAN
Pemetaan perkhidmatan kepakaran pergigian dilakukan bagi memastikan taburan
perkhidmatan adalah mengikut keperluan selain mengenal pasti keperluan latihan
di masa hadapan. Perluasan perkhidmatan lima (5) bidang kepakaran pergigian telah
diwujudkan di sembilan (9) buah fasiliti pergigian pada tahun 2019 (Jadual 7.3).
LAPORAN TAHUNAN
252 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019