Page 260 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 260
PENGURUSAN MAKLUMAT KESIHATAN PERGIGIAN
TELEPRIMARY CARE-ORAL HEALTH CLINICAL INFORMATION SYSTEM (TPC-OHCIS)
Pada 1 Jun 2019, kontrak perkhidmatan dan penyelenggaraan (O&M) sistem TPC-
OHCIS yang menyokong perkhidmatan penjagaan pergigian primer serta perkhidmatan
kesihatan kepakaran berasaskan hospital telah tamat. Susulan itu, pada Julai 2019,
kontrak perkhidmatan O&M telah dianugerahkan kepada kontraktor yang dilantik.
Mesyuarat kick off kontrak perkhidmatan dan penyelenggaraan (O&M) sistem TPC-
OHCIS telah diadakan di Putrajaya pada 10 Julai 2019.
Bagi menjamin kompetensi berterusan dalam kalangan para pentadbir dan pengguna
dalam mengendalikan system TPC-OHCIS, beberapa siri latihan melalui pendekatan
“Module-Focused Training Approach” telah diadakan pada bulan Ogos dan September
2019 di fasiliti kemudahan komputer Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan.
TEKNOLOGI KESIHATAN PERGIGIAN
Pada masa ini, Program Kesihatan Pergigian telah menerbitkan sebanyak 13 Panduan
Amali Klinikal. Setakat 31 Disember 2019, tujuh (7) daripadanya adalah terkini
(diterbitkan kurang dari 5 tahun), dua (2) telah diluluskan untuk penerbitan oleh CPG
Council pada bulan Jun dan Disember, satu (1) dalam proses kaji semula manakala
tiga (3) telah sampai tempoh untuk dikaji semula seperti di Jadual 7.1.
Jadual 7.1
Panduan Amali Klinikal Setakat 31 Disember 2019
Tahun
Tajuk PAK Status
Diterbitkan
Management of Condylar Fracture 2005 Draf diluluskan dan diterbitkan
of the Mandible pada Jun 2019
Management of Avulsed Permanent 2010 Draf diluluskan dan diterbitkan
Anterior Teeth in Children 2 edition pada Disember 2019
nd
Management of Unerupted and 2005 Dalam proses kaji semula
Impacted Third Molar
CPG Management of Severe Early 2012 Untuk dikaji semula
Childhood Caries
CPG Orthodontic Management of 2012 Untuk dikaji semula
Developmentally Missing Incisors
CPG Management of Chronic 2012 Untuk dikaji semula
nd
Periodontitis 2 edition
Sumber: Program Kesihatan Pergigian, KKM
LAPORAN TAHUNAN
250 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019