Page 264 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 264
Data bagi perkhidmatan yang telah diberikan oleh setiap bidang kepakaran
dikumpulkan melalui sistem e-reporting, kecuali data bagi Kepakaran Pergigian
Keperluan Khas dan Pergigian Forensik masih dikumpul secara manual. Beban kerja
bagi setiap bidang kepakaran diterjemah melalui nisbah pakar kepada bilangan
pesakit seperti di Jadual 7.4.
Jadual 7.4
Beban Kerja Pakar Pergigian Mengikut Bidang
Tahun
Tahun
Bidang Kepakaran 2015 2016 2017 2018 2019
Bidang Kepakaran
Kepakaran Hospital-Based
Bedah Mulut dan
Maksilofasial 3823 3991 3554 3680 3716
Pergigian Pediatrik 2427 2730 3005 2854 2541
Patologi Mulut & Perubatan 744 878 833 864 951
Mulut
Pergigian Keperluan Khas 727* 889* 1159* 1297* 1413*
Pergigian Forensik 173* 108* 141* 110* 88*
Kepakaran Non-Hospital-Based
Ortodontik 4083 4056 3556 3423 3711
Periodontik 1312 2113 1466 1349 1373
Pergigian Restoratif 1732 1439 1294 1308 1327
Sumber: Pusat Informatik Kesihatan KKM (data preliminari 2019) & *Program Kesihatan Pergigian KKM, 2019
KESIHATAN PERGIGIAN MASYARAKAT
PROGRAM PEMFLOURIDAAN AIR
Terdapat 496 buah Loji Rawatan Air (LRA) di Malaysia di mana semua telah diswastakan
sepenuhnya kecuali di Perak, Sabah, Sarawak dan WP Labuan. Daripada 309 LRA (62.3
peratus) yang telah dilengkapkan dengan fluoride feeder, 64 (20.7 peratus) tidak
aktif disebabkan kekurangan sumber untuk pembelian kompaun florida ataupun
mengalami masalah teknikal seperti kerosakan fluoride feeder. Pada tahun 2019,
dianggarkan sebanyak 73.1 peratus daripada populasi menerima bekalan air awam
berflorida. 83.6 peratus daripada bacaan paras fluorida yang diambil di poin retikulasi
mencapai julat 0.4 hingga 0.6 ppm yang disarankan (Rajah 7.1).
LAPORAN TAHUNAN
254 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019