Page 261 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 261

Kursus ‘Systematic Review in the Development of Dental CPG 2019’, telah diadakan
               dari 29 hingga 31 Oktober 2019 di Hotel Concorde Shah Alam, dihadiri oleh 21 peserta
               ianya bertujuan melatih Pakar dan Pegawai Pergigian memahami proses kerja PAK
               mengikut Scottish Intercollegiate Guidelines Network (SIGN) dan Cawangan Teknologi
               Kesihatan Pergigian Malaysia.


               PENJAGAAN KESIHATAN PERGIGIAN PRIMER


               Pada tahun 2019, penjagaan kesihatan pergigian kanak-kanak prasekolah diperkukuh
               menggunakan pendekatan  Penjagaan Pergigian  Inkremental bagi mengurangkan
               kejadian  karies gigi  semasa  memasuki sekolah.  Kepentingan  memberus gigi
               dipertingkatkan  dengan penglibatan guru prasekolah  untuk  menanam  tabiat
               kebersihan mulut yang baik dalam kalangan kanak-kanak. Agensi prasekolah kerajaan
               dan agensi tadika swasta dilibatkan bagi menjayakan program ini.


               Tumpuan turut diberikan kepada peranan ibu dalam mempengaruhi anak-anak kecil
               dan ahli keluarga terhadap pemakanan dan tabiat kebersihan mulut yang baik. Bagi
               setiap tempoh kehamilan, ibu dikehendaki menjalani pemeriksaan pergigian secara
               rutin. Perancangan diatur bersama Bahagian Kesihatan Keluarga untuk memperkuat
               lagi penglibatan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) dalam pemantauan dan rujukan
               ibu mengandung untuk pemeriksaan pergigian. Rawatan pergigian akan disediakan
               bagi ibu yang memerlukan.

               Prosedur Operasi Standard (SOP) yang mengandungi prosedur pergigian asas terdiri
               daripada  pemeriksaan & diagnosis  pergigian,  rawatan  tampalan,  cabutan  gigi,
               penskaleran, pembuatan dentur dan pembedahan kecil mulut telah dikompilasikan.
               SOP ini  akan menjadi  panduan kepada pelaksana  dalam  pengurusan  pesakit di
               peringkat primer, disamping dijadikan rujukan dalam penyelidikan berkaitan prosedur
               pergigian asas. Garis panduan perkhidmatan endodontik di klinik pergigian primer
               juga telah dikaji semula dengan penambahbaikan rujukan kes kepada pakar restoratif
               pergigian  menggunakan  indeks  Restorative  Dentistry  Index  of  Treatment  Need
               Complexity Assessment (RDITN).

               Kad rawatan pesakit (LP8) 1997 telah dikaji semula dengan penambahan keperluan data
               strategi baharu antara lain “Indeks Gingival untuk Kanak-kanak (GIS)”, “Saringan Asas
               Periodontal (BPE)”, “Berhenti merokok untuk murid sekolah (KOTAK)”, “International
               Classification of Dental Caries Assessment (ICDAS)” dan “Pemeriksaan Kanser Oral”.














                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  251
   256   257   258   259   260   261   262   263   264   265   266