Page 267 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 267
iii. SEGi - hasil lawatan akreditasi dari 26 hingga 27 Februari 2019, program BDS
Universiti SEGi telah diberi akreditasi penuh selama 4 tahun iaitu dari 2 Jun
2019 hingga 1 Jun 2023.
iv. UIAM - lawatan pemantauan pematuhan telah dijalankan pada 28 Mei 2019
dan Panel Penilai telah berpuas hati dengan tindakan penambahbaikan yang
telah diambil oleh UIAM terhadap penemuan hasil lawatan terdahulu.
v. PIDC - lawatan pemantauan pematuhan telah dijalankan dari 28 hingga 29
Januari 2019 dan Panel berpuas hati dengan tindakan penambahbaikan yang
telah diambil oleh PIDC terhadap penemuan hasil lawatan terdahulu.
vi. Kolaborasi MAHSA-PIDC - lawatan pemantauan pematuhan telah dijalankan
dari 28 hingga 29 Januari 2019. Panel berpuas hati dengan tindakan
penambahbaikan yang telah diambil oleh MAHSA dan PIDC terhadap
penemuan hasil lawatan terdahulu.
GLOBALISASI DAN LIBERALISASI PERKHIDMATAN PENJAGAAN KESIHATAN
Pada tahun 2019, dua (2) orang pegawai telah menghadiri Mesyuarat Joint Coordinating
Committee on Dental Practitioners (AJCCD):
• Mesyuarat AJCCD ke 22 dari 11 hingga 12 Februari 2019 di Bandar Seri
Begawan, Brunei
• Mesyuarat AJCCD ke 23 dari 21 hingga 22 Oktober 2019 di Manila, Filipina.
Input teknikal telah diberi berkaitan ASEAN Minimum Common Competency Standards
for Dental Undergraduate Education; ASEAN Dental Practice Standards; Mekanisma
untuk memudahkan pergerakan Pengamal Pergigian antara Negara-negara ASEAN;
dan Pangkalan Data mengenai Pengamal Pergigian bagi Negara ASEAN.
ASEAN FRAMEWORK AGREEMENT ON SERVICES (AFAS) PACKAGE
Pada 10 hingga 11 Disember 2019, dua (2) orang pegawai telah terlibat di dalam
bengkel ASEAN Trade in Services Agreement (Negative-list Approach) di Hotel Le
Meridien Putrajaya. Bengkel bertujuan untuk memberi kefahaman dan kemahiran
mengenai kaedah analisa dan menukar senarai positif bagi limitasi AFAS (positive-list
limitations) kepada format senarai negative (negative-list format); dan penyediaan
senarai non-conforming measures.
PERUNDANGAN DAN PENGUATKUASAAN
SIASATAN ADUAN
Pada tahun 2019, sebanyak 114 aduan telah diterima dan 95 merupakan aduan
berkaitan pengamal pergigian haram (Rajah 7.2). Aduan-aduan ini telah dirujuk
kepada setiap pegawai penguatkuasa negeri yang berkenaan untuk siasatan.
LAPORAN TAHUNAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019 257