Page 259 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 259
Beberapa semakan semula dan pembangunan dasar baharu telah dimulakan termasuk
semakan semula Garis Panduan Pewartaan Pakar Pergigian; pembangunan buku log
bagi latihan induksi pegawai pergigian yang perlu dipenuhi sebelum memulakan
tempoh pra-pewartaan; dan cadangan dasar bagi pengiktirafan sebagai Subject
Matter Expert bagi Pegawai Pergigian Penguatkuasaan.
Cadangan Hala tuju Juruterapi Pergigian telah diluluskan pada 13 September 2019
dan dibentangkan semasa Mesyuarat Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian dengan
Majlis Dekan Pergigian KKM pada 18 November 2019. Universiti Teknologi MARA dan
Kolej Universiti Lincoln telah menunjukkan minat untuk menawarkan program ijazah
bagi Juruterapi Pergigian.
PEMBANGUNAN DAN PERKEMBANGAN FASILITI KESIHATAN PERGIGIAN
Pada tahun 2019, terdapat 11 projek pembangunan kesihatan pergigian yang diluluskan
di bawah RMK-10 dan RMK-11 masih sedang dalam peringkat pembangunan seperti
berikut:
i. Klinik Pergigian Standalone:
• Klinik Pergigian Bukit Selambau, Kedah.
• Klinik Pergigian Kluang, Johor.
• Klinik Pergigian Tanjung Karang, Kuala Selangor, Selangor.
• Klinik Pergigian Daro, Mukah, Sarawak.
• Klinik Pergigian Pasir Akar, Besut, Terengganu.
• Naiktaraf Klinik Pergigian Tronoh, Kinta, Perak.
ii. Pusat Pakar Pergigian Seremban, Negeri Sembilan
iii. Klinik Kesihatan (Jenis 3) Dan Pusat Pakar Pergigian Presint 6, Putrajaya.
iv. Pusat Pakar Pergigian Kota Kinabalu, Sabah.
v. Kuarters Klinik Pergigian Chiku 3, Gua Musang, Kelantan.
vi. Naik taraf Jabatan Pergigian Pediatrik, Hospital Melaka, Melaka.
Pemantauan berterusan program Medical Equipment Enhancement Tenure (MEET)
telah dijalankan merangkumi dua (2) buah klinik pergigian iaitu:
• Klinik Kesihatan dan Klinik Pergigian Teluk Datuk, Selangor.
• Klinik Kesihatan dan Klinik Pergigian Teluk Bahang, Pulau Pinang.
Pada tahun 2019, kontrak baru bagi Perkhidmatan Sokongan Klinik (PSK) di 13 negeri
telah diluluskan. Bagi Sarawak, pelanjutan kontrak PSK telah diluluskan untuk tempoh
enam (6) bulan iaitu sehingga 31 Mei 2020 sementara kontrak baharu disediakan.
LAPORAN TAHUNAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019 249