Page 265 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 265

Rajah 7.1
                  Bacaan Aras Florida Bekalan Air Am Yang Mencapai Julat 0.4 hingga 0.6ppm,
                                                2006 hingga 2019



                            90
                            80                                  83.8        85.7  83.3 83.6
                            70                  77.7 79.0  77.2  81.2  77.9  81.8
                            60  66.8  69.3  71.9 71.7
                           Peratus  50
                            40
                            30
                            20
                            10
                             0
                                2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019
                                                         Tahun
                        Sumber: Data Negeri, Program Kesihatan Pergigian, KKM

               PENCEGAHAN PRIMER DAN PENGESANAN AWAL PRA-KANSER DAN KANSER MULUT

               Sejumlah  249  kampung/estet/komuniti  berisiko  tinggi  telah  dilawati  dan  seramai
               2,837  penduduk  berusia 20  tahun  dan ke  atas telah disaring  untuk lesi mulut.
               Sejumlah 59,236 pesakit berumur 20 tahun dan ke atas yang telah disaring di klinik
               pergigian dan projek masyarakat secara oportunistik telah dikenal pasti mempunyai
               tabiat berisiko tinggi dan/atau mempunyai tanda awal lesion oral.

               Data preliminari 2019  menunjukkan seramai 834  orang pesakit daripada  jumlah
               saringan didapati mempunyai lesi oral dan seramai 493 orang telah dirujuk kepada
               Pakar Bedah Mulut & Maksilofasial/Pakar Patologi Mulut & Perubatan Mulut untuk
               siasatan  dan  pengurusan  selanjutnya.  Sejumlah  111  orang  telah  dikenal  pasti
               mempunyai  lesion  malignan,  di mana 1.45  peratus berada di peringkat satu (1)
               dan 83.6 peratus di peringkat lewat. Pada tahun 2019, seramai 64,539 orang telah
               diberikan pendidikan kesihatan pergigian.

               PROMOSI KESIHATAN PERGIGIAN

               PROGRAM KEMBARA SIHAT ‘ZIARAH SENYUM’ 2019


               Program  dwitahunan  yang  telah  berlangsung  dari  30 Mac  hingga  6  April  2019 ini
               telah dilancarkan di Johor Bharu oleh YAB Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian, Menteri
               Besar Johor. Majlis penutupan program Kembara Sihat diadakan di Kedah selaku tuan
               rumah dan disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Norhizan Ismail, Pengarah Kesihatan
               Negeri Kedah yang mewakili YB Menteri Kesihatan Malaysia.






                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  255
   260   261   262   263   264   265   266   267   268   269   270