Page 258 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 258

PENGENALAN


            Program  Kesihatan  Pergigian  memainkan  peranan  yang  penting  sebagai  peneraju
            utama dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan pergigian dengan matlamat
            menyumbang ke arah rakyat Malaysia yang lebih sihat dan produktif dari segi ekonomi
            dan sosial.


            AKTIVITI DAN PENCAPAIAN


            EPIDEMIOLOGI DAN PENYELIDIKAN KESIHATAN PERGIGIAN


            Fokus utama pada tahun 2019 adalah persediaan bagi kaji selidik National Health
            and Morbidity Survey 2020: National Oral Health Survey of Adults 2020 (NHMS 2020:
            NOHSA 2020) yang bertujuan menilai status kesihatan mulut dan keperluan rawatan
            warganegara Malaysia berumur 15 tahun dan ke atas selain mengetahui aspek sosial
            yang berkaitan dengan kesihatan pergigian.


            Beberapa aktiviti telah dijalankan seperti berikut:
               i.   Kalibrasi dan penyeragaman antara pemeriksa benchmark dan pemeriksa gold
                    standard bagi setiap kriteria (lesi oral, karies gigi dan keperluan rawatan, dan
                    keadaan periodontium) di Klinik Pergigian Air Jernih, Kuala Terengganu dan
                    Klinik Patologi Mulut dan Perubatan Mulut, Hospital Sultanah Nur Zahirah,
                    Terengganu dari 11 hingga 13 Mac 2019.
               ii.  Kalibrasi dan penyeragaman antara pemeriksa negeri Selangor dan pemeriksa
                    benchmark dari bulan April hingga Jun 2019 sebagai persediaan sebelum trial
                    run.
               iii.  Trial run melibatkan 3 blok perhitungan di Daerah Hulu Langat, bermula dari
                    penghujung bulan Jun hingga Julai 2019.
               iv.  Latihan bagi semua anggota pasukan NOHSA yang terdiri daripada penyelaras
                    negeri,  penyelia  lapangan, pemeriksa dan  penemuduga dari  31 Oktober
                    hingga 2 November 2019 di Hotel The Pearl, Kuala Lumpur.


            PERKEMBANGAN PROFESION KESIHATAN PERGIGIAN


            Seramai 43 Pegawai Pergigian telah menerima tawaran Cuti Belajar Bergaji Penuh
            dengan Hadiah Latihan Persekutuan bagi mengikuti pengajian lanjutan dalam tujuh
            (7) bidang  kepakaran pergigian.  Dalam usaha  menangani  masalah  kekurangan
            tempat latihan di universiti awam dalam negara, pelaksanaan rintis kolaborasi latihan
            dilaksanakan dengan Universiti Malaya bermula sesi 2019/2020 bagi bidang Bedah
            Mulut dan Maksilofasial, dan Ortodontik.








        LAPORAN TAHUNAN
    248  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   253   254   255   256   257   258   259   260   261   262   263