Page 266 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 266
KONVENSYEN KESIHATAN ORAL TANPA ASAP ROKOK (KOTAK) 2019
Konvensyen yang telah berlangsung di MITC, Melaka selama dua (2) hari dari 19
hingga 20 Jun 2019 telah dirasmikan oleh YB Low Chee Leong (EXCO Kesihatan & Anti
Dadah) mewakili YAB Ketua Menteri Melaka, YBhg. Dato’ Mohd Shafiq bin Abdullah,
Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) mewakili YB Menteri Kesihatan Malaysia
dan Dr. Latip Muhammad, Timbalan Pengarah (Penyelidikan dan Penilaian) Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pendidikan, mewakili
YB Menteri Pelajaran Malaysia.
PELANCARAN PROGRAM IKON GIGI ORANG ASLI (iGG-OA)
Majlis pelancaran Program Ikon Gigi Orang Asli telah berlangsung di Perkampungan
Orang Asli Menderang 1, Sungkai, Perak pada 11 Julai 2019 dan dirasmikan oleh
Menteri Kesihatan Malaysia, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.
MINGGU PROMOSI KESIHATAN PERGIGIAN 2019
Majlis pelancaran Minggu Promosi Kesihatan Pergigian 2019 yang bertemakan ‘Doktor
Gigi - Pastikan Yang Ori!’ telah diadakan pada 7 September 2019 di Seremban, Negeri
Sembilan. Majlis dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri
Besar Negeri Sembilan.
BENGKEL ‘DENTISTRY GOING DIGITAL: PRODUCE VIDEO LIKE A PRO’ 2019
Bengkel yang julung-julung kali diadakan ini telah berlangsung selama tiga (3) hari
dari 27 hingga 29 Ogos 2019 bertempat di Langkawi, Kedah. YBrs. Dr. Doreyat bin
Jemun, Pengarah Kanan (Kesihatan Pergigian), telah hadir bagi merasmikan bengkel
tersebut.
AKREDITASI DAN GLOBALISASI PROGRAM PERGIGIAN
AKREDITASI PROGRAM SARJANA MUDA PEMBEDAHAN PERGIGIAN
Pada tahun 2019, beberapa lawatan akreditasi telah diadakan bagi menilai dan
memantau standard kualiti program sarjana muda pembedahan pergigian yang
ditawarkan oleh Pemberi Pendidikan Tinggi di Malaysia;
i. USM - hasil lawatan akreditasi dari 14 hingga 15 Januari 2019, program DDS
USM diberi akreditasi penuh bagi tempoh 5 tahun dari 20 April 2019 hingga
19 April 2024.
ii. AIMST - hasil lawatan akreditasi dari 9 hingga 11 Januari 2019, program BDS
AIMST diberi akreditasi penuh bagi tempoh 3 tahun dari 12 Februari 2019
hingga 11 April 2022.
LAPORAN TAHUNAN
256 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019