Page 214 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 214

Salah  satu  strategi  yang  digunakan  adalah  untuk  mewujudkan  satu  pelan  piawai
            kemudahan  kesihatan  yang  akan  dikuatkuasakan  pada  waktu  dan  keadaan  yang
            sesuai. Langkah pertama dalam membangunakan pelan piawai kemudahan kesihatan
            di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia telah dimulakan melalui usaha kerjasama
            yang memberansangkan antara Jabatan Kerja Raya dan Bahagian Perancangan.


            Strategi ini telah diwujudkan melalui pelaksanaan Pelan Piawai Klinik Kesihatan dan
            seterusnya Pelan Piawai Hospital 76 Katil. Oleh itu, SPFK Bahagian Perancangan sentiasa
            komited untuk terus bekerjasama dengan Jabatan Kerja Raya bagi mewujudkan satu
            pelan  piawai  hospital  yang  akan  dilaksanakan  pada  masa  akan  datang  termasuk
            bilangan katil dan kemudahan yang lebih besar.


            SEKSYEN PERANCANGAN eHEALTH

            INISIATIF ELECTRONIC MEDICAL RECORD (EMR)


            Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mensasarkan untuk melaksanakan Electronic
            Medical Record (EMR) di 145 buah hospital seluruh negara dalam tempoh 3 hingga
            5 tahun akan datang. Sehubungan itu, bagi merealisasikan inisiatif ini, EMR Open
            Day telah dilaksanakan pada 2 Mei 2019 bertempat di Dewan Serbaguna KKM. Sesi
            ini bertujuan untuk memberi maklumat kepada syarikat yang ingin menyertai dan
            melaksanakan projek berkaitan teknologi maklumat di KKM terutamanya dalam skop
            pengurusan sistem maklumat pesakit. Objektif khusus sesi ini adalah untuk:

               i.    Memberi  taklimat umum berkenaan keperluan KKM  dalam  pelaksanaan
                     Sistem EMR;
               ii.   Memberi  peluang  kepada  setiap  syarikat  untuk  mengajukan  pertanyaan
                     supaya dapat memahami sepenuhnya keperluan pelaksanaan EMR di KKM;
               iii.   Memberi penjelasan berkenaan format maklum balas

            Rentetan daripada itu, beberapa siri bengkel penilaian oleh Jawatankuasa Penilaian
            KKM dan luar daripada KKM telah diadakan bagi menilai maklum balas yang telah
            diterima daripada 62 syarikat tersebut (Imej 6.8).





















        LAPORAN TAHUNAN
    204  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   209   210   211   212   213   214   215   216   217   218   219