Page 211 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 211

MEDICAL BRIEF OF REQUIREMENTS (MBoR)

               MBoR adalah satu set penyataan tentang keperluan, tujuan dan batasan. Ia mewakili
               keperluan pengguna untuk dijadikan sebagai penghubung  di  antara pelanggan
               dan pereka yang menyediakan satu set garis panduan & arahan untuk pereka bagi
               membangunkan keperluan teknikal mereka (arkitek, kejuruteraan dan sebagainya)
               yang kemudiannya akan dimasukkan ke  dalam  tender  dan  seterusnya kontrak
               dokumen. Pada tahun 2019, tiga (3) MBoR dikeluarkan kepada Bahagian Pembangunan
               bagi pelaksanaan projek.


               PERANCANGAN AWAL: PENGURUSAN NILAI

               Pengurusan  nilai  dilaksanakan  untuk projek-projek kesihatan  yang berharga lebih
               daripada RM 50 juta di bawah seliaan Bahagian Pembangunan. Proses ini memasuki
               skop keperluan untuk memadankan belanjawan awal yang diperuntukkan serta untuk
               mendapatkan kelulusan dari Unit Perancang Ekonomi (EPU) sekiranya kos awal tidak
               mencukupi untuk menampung keperluan sebenar. Pengurusan nilai enam (6) projek
               baru dan menaik taraf berjaya diselesaikan pada 2019.


               PENILIAIAN TENDER


               Sebagai sebahagian daripada ahli jawatankuasa teknikal, SPFK akan mengeluarkan
               laporan penilaian tender bagi aspek perancangan perubatan kepada jawatankuasa
               teknikal utama. Sebanyak 16 laporan penilaian tender projek telah dihasilkan pada
               tahun 2019


               PEMBANGUNAN REKA BENTUK

               Terdapat dua (2) peringkat utama dalam pembangunan reka bentuk yang memerlukan
               input perancangan perubatan iaitu reka bentuk awal dan reka bentuk terperinci. Reka
               bentuk awal yang merangkumi Pelan Tapak Layout (LOSP), pengezonan jabatan dan
               susun atur sementara pembangunan reka bentuk terperinci yang termasuk interaksi
               data bilik, penilaian sistem kejuruteraan dan keperluan peralatan perubatan Kumpulan
               1. Sepanjang tahun 2019, terdapat 38 projek dalam peringkat pembangunan reka
               bentuk awal manakala 50 projek telah diberikan kepada kontraktor yang diperlukan
               untuk perancangan terperinci, interaksi intensif dengan kehadiran wakil-wakil dari
               Jabatan Kerja Raya dan pengguna.














                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  201
   206   207   208   209   210   211   212   213   214   215   216