Page 216 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 216

AKTIVITI GOVERNMENT ENTERPRISE ARCHITECTURE (GovEA)

            Semakan Model Rujukan Bisnes Sektor Kesihatan (GovEA)
            Model Rujukan GovEA  merupakan set dokumen rujukan yang disediakan oleh
            Unit Pemodenan  Tadbiran dan  Perancangan Pengurusan  Malaysia  (MAMPU)  bagi
            membangunkan Enterprise Architecture (EA) di peringkat Kementerian dan Agensi
            Kerajaan dalam merealisasikan pelaksanaan Kerajaan Digital. Dokumen GovEA bagi
            Sektor Kesihatan ini dideraf berpandukan kepada model dan standard dari UK, USA
            dan Australia. Dokumen ini seterusnya dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa
            Pemandu Perancangan KKM (JPPKK) bertarikh 9 November 2018. Susulan Mesyuarat
            tersebut,  Bahagian ini  telah diarah untuk memperhalusi Model Rujukan tersebut.
            Semakan telah dilakukan di semua peringkat KKM pada 11 Februari dan 1 Mac 2019
            yang diterajui oleh Datuk Dr. Haji Rohaizat bin Hj Yon, Pengarah Bahagian Perancangan
            dan dimuktamadkan kepada pihak MAMPU pada 3 Mei 2019.


            Pembangunan  Malaysia  Government  Enterprise Architecture (MyGOVEA)  Bagi
            Inisiatif Electronic Medical Record (EMR) Agensi Kesihatan Di Malaysia
            Sebanyak  dua  (2)  Bengkel  bagi  pembangunan  MYGovEA  telah  diadakan  seperti
            berikut:


               i.    Bengkel Pelaksanaan Inisiatif EMR di Fasiliti KKM Siri 2 telah diadakan pada
                     8 hingga 9 Julai 2019 bertempat di MAMPU Cyberjaya, Selangor. Bengkel
                     ini bertujuan untuk membangunkan Diagram Organisasi Landscape Map,
                     Business Architecture, Information Architecture dan Technology Architecture
                     mengikut  standard  Enterprise  Architecture bagi kertas pembentangan
                     templet arkitektur bagi perakuan penilaian projek ICT KKM di bawah RP4
                     tahun 2020. Projek-projek tersebut ialah:
                     a.  Projek Perluasan EMR ke Hospital-hospital KKM;
                     b.  Projek Perluasan Sistem TPC-OHCIS Fasa 1 dan;
                     c.  Projek Penggantian Perkakasan & Perisian ICT Di Fasiliti Kesihatan KKM


               ii.   Bengkel Pengenalan  Pembangunan  Malaysia  Government  Enterprise
                     Architecture (MyGovEA) bagi Inisiatif Electronic Medical Record (EMR) bagi
                     Agensi Kesihatan di Malaysia telah diadakan pada 4 Disember 2019 bertempat
                     di Bilik Mesyuarat Utama, Bahagian Pengurusan Maklumat, KKM. Bengkel
                     yang dianjurkan oleh KKM (Bahagian Perancangan dan Bahagian Pengurusan
                     Maklumat  bersama  pihak Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan
                     Pengurusan Malaysia (MAMPU) adalah untuk memberi pendedahan kepada
                     pasukan kerja projek dan memberi pengetahuan serta kefahaman mengenai
                     Archimate bagi melancarkan pelaksanaan projek ini kelak (Imej 6.10).









        LAPORAN TAHUNAN
    206  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   211   212   213   214   215   216   217   218   219   220   221