Page 217 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 217
Imej 6.10
Aktiviti Government Enterprise Architecture (GovEA)
Sumber: Seksyen Perancangan e-health, Bahagian Perancangan, KKM
INISIATIF RANGKA KERJA CONSENT MODEL BARU DALAM PELAKSANAAN
ELECTRONIC MEDICAL RECORD (EMR)
Malaysia Health Information Exchange (MyHIX) merupakan sistem yang membolehkan
perkongsian maklumat penjagaan kesihatan individu secara elektronik antara fasiliti
penjagaan kesihatan. Ianya adalah satu inisiatif bagi menyediakan platform untuk
pengumpulan dan perkongsian maklumat kesihatan individu dan telah dikenal pasti
sebagai sebahagian daripada komponen asas bagi projek Lifetime Health Record
(LHR).
Pada tahun 2019, projek peningkatan sistem MyHIX melibatkan pelaksanaan inisiatif
rangka kerja consent model baru dalam pelaksanaan EMR. Bagi merealisasikan inisiatif
ini, Bengkel Inisiatif Rangka Kerja Consent Model Baru dalam Pelaksanaan Electronic
Medical Record (EMR) ke Arah Lifetime Health Record (LHR) telah diadakan pada 18
November 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat Ibn Sina, Blok E1, KKM (Imej 6.11).
LAPORAN TAHUNAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019 207