Page 213 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 213
ii. Klinik Kesihatan Kompak Jenis Baru (Reka bentuk Kompak)
SPFK, Bahagian Perancangan dengan kerjasama JKR telah mula membangunkan
Pelan Piawai untuk klinik kesihatan di kawasan /tanah terkurung. KK3 Gombak telah
digunakan oleh JKR dalam membentangkan konsep awal untuk KK2 Compact yang
pada 19 November 2019 kepada KKM (yang merangkumi Bahagian Pembangunan
Kesihatan Keluarga, Bahagian Kejuruteraan serta Bahagian Pembangunan).
Pembangunan reka bentuk terperinci akan mengikutinya dan dijangka siap untuk
digunakan untuk RMK-12 (2021).
ii. Hospital 76-katil (Bukan Pakar)
Pada tahun 2019, terdapat beberapa peningkatan dalam reka bentuk hospital 76
katil pertama iaitu Hospital Parit Buntar yang dijalankan berdasarkan pelaksanaan
reka bentuk di tapak. Reka bentuk hospital telah diluluskan oleh KKM dan JKR untuk
dijadikan sebagai pelan piawaian bagi pembangunan projek baru Hospital 76-katil.
Pelan piawai yang ditambah baik kini sedang dilaksanakan untuk pembangunan
Hospital Seri Iskandar, Perak (Rajah 6.3).
Rajah 6.3
Ilustrasi Artis Hospital 76 Katil
Pelan Piawai Paparan Depan
Sumber: Seksyen Perancangan Fasiliti Kesihatan, Bahagian Perancangan, Kkm
HALA TUJU
Memandangkan semakin banyak keperluan projek kemudahan kesihatan yang akan
dibina pada masa akan datang, SPFK menyedari akan keperluan untuk mempercepatkan
peringkat perancangan pra-pembinaan. Oleh itu, Bahagian Perancangan dan Jabatan
Kerja Raya akan sentiasa berusaha untuk membuat strategi bagi mengurangkan masa
pelaksanaan projek.
LAPORAN TAHUNAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019 203