Page 210 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 210
Sidang media Persidangan SNOMED CT Business 367 orang peserta terdiri daripada luar dan dalam
Meeting & Expo KL 2019 negara
Boot Pameran KKM bersama MIMOS Tetamu khas bersama barisan AJK
Sumber: Pusat Informatik Kesihatan, Bahagian Perancangan, KKM
SEKSYEN PERANCANGAN FASILITI KESIHATAN (UPFK)
Hospital dan klinik kesihatan memainkan peranan penting dalam sistem penyampaian
perkhidmatan kesihatan di seluruh negara termasuk Malaysia. Kementerian Kesihatan
Malaysia sentiasa berusaha untuk menambah baik perancangan dan pengurusan
hospital di peringkat kemudahan dan sistem kesihatan. Oleh itu, Seksyen Perancangan
Fasiliti Kesihatan di Bahagian Perancangan, Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) bertanggungjawab memberikan input kepada perancangan pembangunan
kemudahan kesihatan di KKM untuk mencapai persekitaran dan peralatan yang sesuai
yang diperlukan untuk perkhidmatan penjagaan kesihatan serta aktiviti berkaitan
kesihatan. Ini termasuklah pengenalpastian dan pemilihan projek (perancangan
makro) yang diusahakan bersama-sama dengan Bahagian Pembangunan serta
menyediakan input perancangan perubatan di pelbagai peringkat pembangunan
reka bentuk kemudahan kesihatan. Di samping itu, seksyen ini juga bertujuan untuk
meningkatkan akses kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan selari dengan
keperluan penduduk Malaysia dan akhirnya menyediakan perkhidmatan penjagaan
kesihatan yang lebih baik dari segi kualiti dan keselamatan untuk pesakit dan pekerja
penjagaan kesihatan. Pada tahun 2019, RM 2.18 bilion telah diperuntukkan kepada
Kementerian Kesihatan untuk pembangunan 367 projek di mana 23 daripada projek
tersebut adalah bilangan projek baru manakala 344 projek yang komited.
LAPORAN TAHUNAN
200 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019