Page 209 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 209
PUSAT INFORMATIK KESIHATAN
PERSIDANGAN SNOMED CT BUSINESS MEETING & EXPO KL 2019
Malaysia telah berjaya terpilih sebagai tuan rumah untuk PersidanganSNOMED CT
Business Meeting & Expo tahun 2019. Persidangan ini telah diadakan di Hotel Grand
Hyatt KL pada 27 Oktober hingga 1 November 2019 dengan kerjasama antara KKM
dan SNOMED International. Seramai 367 orang peserta ke mesyuarat dan ekspo
di mana 196 orang peserta adalah dari luar negara (daripada 33 buah negara) dan
seramai 171 orang peserta adalah dari dalam negara (Imej 6.7). Pihak KKM telah
menyampaikan dua (2) ucapan plenari dan tiga (3) pembentangan seperti berikut:
Ucapan Plenari
i. Ucapan perasmian The Malaysian Experience Implementing SNOMED CT oleh
YBMK, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
ii. Ucapan Plenari Penutup oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan
dan Sokongan Teknikal), Datuk Dr Christopher K. C. Lee.
Pembentangan
i. SNOMED CT Supporting Clinician, Global Patient Set – A Startup for General
Medicine Refset Development in MyHarmony, oleh Dr Muhammad Naufal bin
Nordin
ii. Integrating MyHarmony (Harmonisation & Codification of Unstructured Data
using SNOMED CT) with MyHDW oleh Dr ‘Ismat binti Mohd Sulaiman.
iii. Analysis of dental process & procedure using SNOMED CT and MyHarmony,
oleh Dr ‘Ismat binti Mohd Sulaiman dan Dr Muhammad Naufal bin Nordin.
Imej 6.7
Persidangan SNOMED CT Business Meeting & Expo KL 2019
Ucapan Alu-aluan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Ucapan Perasmian oeh YBMK
SNOMED International, Don Sweetie Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad
LAPORAN TAHUNAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019 199