Page 219 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 219
v. Sokongan kejuruteraan untuk penyelengaraan yang betul untuk fasiliti penjagaan
kesihatan bagi memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pemasangan
fasiliti
vi. Pelaksanaan projek baru atau menaik taraf fasiliti kesihatan dan penggantian
sistem kejuruteraan di fasiliti kesihatan.
IMPLEMENTASI PROJEK
Pada tahun 2019, Kementerian Kesihatan menerusi BPKj telah menguruskan pelbagai
projek fizikal di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (projek sambungan) dan Rancangan
Malaysia Ke-11 (RMK-10 dan RMK-11). Projek-projek yang dilaksanakan melibatkan
pembinaan fasiliti baru (hospital, klinik dan kuarters), menaik taraf hospital dan
klinik, mengubah suai dan membaik pulih bangunan hospital, serta menaik taraf dan
penggantian sistem kejuruteraan dalam fasiliti kesihatan.
Sehingga tahun 2019, jumlah projek yang dilaksanakan oleh BPKj adalah 223 termasuk
21 projek baharu yang diterima pada tahun 2019. 145 daripada jumlah projek tersebut
telah disiapkan sama ada dalam fasa Tempoh Tanggungan Kecacatan atau Akaun
Muktamad di mana 9 daripadanya telah disiapkan dalam tahun 2019 manakala 29
projek masih dalam peringkat pembinaan dan baki 49 projek adalah dalam peringkat
perancangan.
BPKj juga menguruskan projek khas dan kompleks iaitu pembinaan Klinik Kesihatan
Kuala Lumpur (KKKL) yang telah siap, Institut Kesihatan Negara (NIH) serta Kuarters
untuk Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) dan Projek Anjung Kasih Hospital Kuala
Lumpur. Jadual 6.3 menunjukkan butiran keseluruhan projek yang dilaksanakan.
Dalam melaksanakan projek-projek di atas, BPKj turut mengawal selia 209 syarikat
perunding daripada pelbagai disiplin iaitu arkitek, kejuruteraan awam dan struktur,
kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan elektrik dan juruukur bahan. Syarikat perunding
ini telah dilantik untuk mereka bentuk dan melaksanakan pemantauan terhadap
projek. Dari segi peruntukan, jumlah yang telah dibelanjakan oleh BPKj dalam
menguruskan keseluruhan projek adalah sebanyak RM2.721 bilion di bawah RMK-10
dan RMK-11.
LAPORAN TAHUNAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019 209