Page 212 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 212

PEMATUHAN SPESIFIKASI TEKNIKAL (TSA)

            Sejumlah  tujuh  (7)  projek  telah  berada  di  fasa  Penyesuaian  Spesifikasi  Teknikal
            (TSA) iaitu; Hospital Tg. Karang, Hospital Cyberjaya, Hospital Kardiogi Blok Serdang,
            Tambahan  Blok Baru (Kompleks Endokrin,  Hospital Putrajaya), Hospital Dungun,
            Terengganu, Bangunan Tambahan, Hospital Tanah Merah, Kelantan dan Hospital Naik
            taraf Tawau, Sabah telah dinilai untuk kelulusan.

            PRE-HANDING OVER INSPECTION


            35 buah  projek telah  diperiksa  sepanjang  2019 untuk pematuhan  perancangan
            perubatan dan mutu kerja sebelum diserahkan kepada KKM untuk beroperasi

            LATIHAN


            SPFK  berjaya  menganjurkan  dua  (2)  bengkel  latihan  yang  berkaitan  dengan
            perancangan perubatan Rawatan Kemudahan Kesihatan KKM iaitu Bengkel Bimbingan
            Reka Bentuk Perubatan (Kumpulan 1 dan Mekanik, Teknologi & Teknologi Maklumat)
            untuk Pembangunan Reka Bentuk Kemudahan Hospital KKM pada 17 hingga 20 April
            2019  di  Hotel  Bayview  Melaka.  Pada  akhir  tahun  ini,  SPFK  menganjurkan  latihan
            kedua iaitu Bengkel Perancangan Fasiliti Kesihatan untuk Healthcare Managers pada
            21 hingga 24 Oktober 2019 di Hotel Corus Paradise, Port Dickson, Negeri Sembilan.
            Selain  itu,  SPFK  juga  menghantar  pegawai  untuk  menghadiri  kursus  perancangan
            fasiliti penjagaan kesihatan yang diadakan di luar negara iaitu TAHPI’s Health Facility
            Planning Course di Dubai Healthcare City, Dubai UAE pada 8 hingga 16 Januari 2019
            dan Smart Service and Technology for The Health Sector yang diadakan di Jakarta,
            Indonesia dari 22 hingga 24 April 2019.

            PEMBANGUNAN PELAN PIAWAI


            Pada tahun 2019, SPFK Bahagian Perancangan Kementerian Kesihatan Malaysia dengan
            kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) telah memberi tumpuan dalam meningkatkan
            Pelan Piawai untuk kegunaan perancangan akan datang.


            i.  Klinik Kesihatan
            SPFK  telah  memberikan  input  kepada  JKR  untuk  peningkatan  pelan  piawai  klinik
            kesihatan  fungsi  klinikal  dan  bukan  klinikal  kepada  empat  (4)  jenis  pelan  piawai.
            Peningkatan ini  melibatkan komponen  seni bina, elektrik,  mekanikal dan struktur
            klinik  berdasarkan maklum balas  daripada  pengguna  klinik  kesihatan.  JKR  juga
            merancang untuk membentangkan pelan piawai klinik kesihatan yang telah dibuat
            penambahbaikan pada Januari 2020.







        LAPORAN TAHUNAN
    202  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   207   208   209   210   211   212   213   214   215   216   217